ads

loading...

PANAS! GAMBAR KAHWIN APEK dan LEUNIEY!




ohartis-khairul-fahmi-launiey-1-pp

Semalam penulis OhArtis dengan nama samaran ‘Gadis Lonely‘ telah melaporkan tentang majlis akad nikah mereka yang berlangsung dengan baik sebelum solat Jumaat di mana artikel tersebut boleh anda lihat melalui artikel lalu. Kali ini kami akan membawakan kepada anda 35 keping gambar pilihan dengan kualiti resolusi tinggi yang dipaparkan dengan kebenaran bertulis jurufoto mereka, The Photolicious. Enjoice!

ohartis-khairul-fahmi-launiey-1-p
ohartis-khairul-fahmi-launiey-1-i
ohartis-khairul-fahmi-launiey-1-yt
ohartis-khairul-fahmi-launiey-1-ytww
Keseluruhan gambar melalui galeri gambar berikut:
Sedikit bingkisan:
1. Dengan sekali lafaz, Launiey Natasha sah menjadi isteri kepada Khairul Fahmi Che Mat.
2. Pasangan ini diijabkabulkan oleh Imam Tua Mukin Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib sekitar jam 10:30 pagi (28 Disember 2012).
3. Mas kahwin dan wang hantaran berjumlah RM19,000.
4. Mereka mula berkenalan sewaktu bersama-sama menjadi duta/model pengiklanan produk SimplySiti.
5. Kedua-duanya berasal dari Kelantan. Sebab tu dua-duanya comel belaka. LOL!

ohartis-khairul-fahmi-launiey-1-o
ohartis-khairul-fahmi-launiey-1-yy
ohartis-khairul-fahmi-launiey-1-utttt
ohartis-khairul-fahmi-launiey-1-u765
ohartis-khairul-fahmi-launiey-1-yt

Kami percaya, satu Malaysia sayangkan mereka dan mendoakan kebahagiaan mahligai yang terbina buat dua pasangan merpati sejoli ini berkekalan untuk selama-lamanya. Amin ya rabbal alamin. Terima kasih kepada The Photolicious yang merakamkan setiap detik manis Apek & Launiey untuk tatapan kita semua. Ikuti Facebook mereka atau terus sahaja ke thephotolicious.com.
Oleh pada Dec 29, 2012


sumber:Oh Artis.com

Tanda-Tanda Pasangan Anda Curang


Pernahkah situasi ini berlaku kepada diri anda? . Pernahkah terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap mesej atau telefon kita kini sudah tidak lagi.



Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?
Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:-
1.  Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

§  Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.
§  Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

2.  Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.

§  Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.
§  Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

3.  Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

§  Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan. Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4.  Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.

§  Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.
§  Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

5.  Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

§  Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.

6.  Tidak lagi rajin menelefon anda.

§  Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak!
§  Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Apapun ini hanya nasihat secara pandangan kasar sahaja. Segala kemungkinan perlu diselidiki terlebih dahulu dan jangan main serkap jarang sahaja. Minta nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman. Selidiki dulu punca kepada kekasih atau suami/isteri kita berkelakuan mencurigakan. Mungkin dia ada sebab lain atau sebagainya. –

6 Ciri Lelaki Yang Mampu Memikat Hati Wanita




Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya,
1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.
2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.
3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension.
4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.
6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.

Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'.




"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam

SEDIH:Aku Dan Dia Dah Putus





Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

p/s : Semoga bermanfaat 

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...