0 ANDA JATUH CINTA?




Perasaan ketika dilamun cinta adalah saat-saat yang membahagiakan. Hidup ini terasa indah bagai di syurga. Segala aktiviti yang dilakukan serba tidak kena tatkala fikiran asyik memikirkan dirinya. Ingin sekali rasanya diluahkan perasaan yang tertahan-tahan di hati ini.
Namun, takut juga jika ini hanyalah mainan perasaan dan hanya bersifat sementara sahaja. Tetapi jika bahagia sudah mengalahkan segalanya, sahlah anda sedang dilamun cinta! Jom kita ketahui apakah 12 tanda bahawa anda sedang di lamun cinta
  • Anda rasa anda seperti kenal dia sudah lama, padahal anda baru sahaja kenal akan dia. Anda dapatkan rasa keserasian yang timbul antara anda dan dia. Anda rasa begini kerana anda tertarik sepenuhnya pada dia
  • Anda mula dahagakan senyuman dari si dia
  • Anda boleh bekerjasama dengan dia dan anda juga sedia bekorban untuk memastikan kerjasama itu berlaku
  • Anda berdua mempunyai rasa yang sama iaitu mempunyai minat yang sama dan secara perlahan–lahan, anda mula luahkan apa yang anda rasa kepada dia
  • Anda sentiasa teringatkan dia. Bahkan segala perkara yang anda lakukan, anda kaitkan dengan dia
  • Anda hanya nampak sifat baik dia sahaja. Walaupun anda tahu dia ada sikap jahat, anda menolak sikap jahat tersebut dan sedia menerima dia seadanya
  • Anda rasa tenang dan rasa lebih yakin apabila bersama dengan dia
  • Anda mula ketagih untuk luangkan masa bersama–sama dengan dia. Walaupun anda sibuk, anda tetap cuba mencari masa
  • Tiba–tiba sahaja anda minat untuk dengar lagu cinta
  • Anda mula membayangkan masa hadapan anda berdua sebagai pasangan hidup. Malah anda juga mula merencana pelbagai aktiviti untuk di lakukan bersama–sama
  • Anda mula rasa sayang teramat pada dia
  • Anda mula berkongsi perkara yang berlaku dalam hidup anda dengannya


Jadi kesimpulannya. Anda yang sedang dilamun cinta akan merasakan dunia ini anda yang punya dan setiap apa yang anda lakukan, anda pasti akan teringatkan si dia. Namun diingatkan, jangan terlalu asyik dengan lamunan cinta anda sehingga lupa dengan keadaan sekeliling dan kerja-kerja penting anda. Takut nanti ia akan memakan diri anda.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012