0 APA HEBATNYA MANUSIA??



Harapkan fizikal sahaja yang hebat (cantik, hensem, macho, dan sebagainya),
tapi tidak intelek atau berilmu, pun tiada gunanya.


Penganalisaan Imam al-Ghazali terhadap kehebatan manusia:
“Jika manusia itu berasa hebat (besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah. Jika manusia berasa kuat makan, sebenarnya besar lagi perut lembu. Jika manusia berasa bangga dengan keberaniannya sebenarnya berani lagi binatang buas (seperti singa atau harimau). Jika manusia berasa bangga dengan tahan lasakny, sebenarnya tahan lasak lagi unta. Jika manusia berasa bangga dengan kecantikkanya, sebenarnya cantik lagi buruk merak. Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya.”
Sabda Rasulullah saw:
“Sesiapa yang menginginkan dunia (kebahagian dunia), maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu. Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya, maka ia pun harus berilmu” (hadis)
Maka tuntutlah ilmu sampai bila-bila. Ilmu itu untuk diamalkan dan dikongsi, bukan untuk dihafal dan disimpan di dalam dada. Ilmu Allah itu sangat luas. Makin digali makin banyak yang akan diperoleh. Makin dikongsi makin kaya seseorang itu dengan ilmu. Seseorang yang berjiwa usahawan haruslah bijak mencari maklumat dan sentiasa berpengetahuan supaya tidak mudah ditipu dan bijak dalam membuat sesuatu keputusan. ;)

mindahana.blogspot.com

RADIO ONLINE:http://musicsaje.blogspot.com/2012/06/hitz-fm.html

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012