0 HOT!!:SITI NURHALIZA DISOROK HUJAN [versus]


Konfrontasi Terakhir Versus semalam turut menyaksikan penampilan istimewa Dato’ Siti Nurhaliza yang mengiringi persembahan Hujan menerusi rendisi serba tradisional Dan Bila Esok. Lagu nyanyian asal Sofazr itu dilihat cukup berjaya diolah menjadi satu karya yang cukup segar dan menarik. Ditambah dengan lenggok Dato’ Siti yang sememangnya sesuai dengan irama sebegitu melengkapkan persembahan bertenaga Hujan sekaligus menambat hati penonton untuk dinobatkan selaku Rockstar Versus musim pertama.
Menurut salah seorang ahli Hujan, Hang Dimas, Datuk Siti Nurhaliza telah pun memberi persetujuan untuk bersama menjayakan persembahan ‘mash up’ tersebut seminggu yang lalu. Dengan kekangan masa melibatkan kedua-dua belah pihak, Hujan hanya sempat menjalani latihan bersama penyanyi nombor satu negara tersebut sekali sahaja!
“Kami dah beri Dato’ Siti skor dan susunan muzik terlebih dahulu. Masing-masing pun sibuk dengan urusan yang lain. Saya terangkan pada Dato’ Siti apa yang Hujan nak ketengahkan sebagai konsep dan Dato’ Siti menerima baik idea kami itu. Kami sangat gembira Dato’ Siti Nurhaliza bersetuju menerima pelawaan kami tersebut. Kami hanya sempat bertemu membuat latihan bersama hanya sekali sahaja “., ujar Dimas yang merupakan pemain keyboard kumpulan Hujan.
GUA bertanyakan Dimas cerita di sebalik strategi merahsiakan penampilan Dato’ Siti Nurhaliza dalam persembahan mereka. Kata Dimas, sudah dirancang mereka dahulu untuk tidak memberitahu peminat akan kemunculan pelantun Cindai itu

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012