0 JANGAN HINA SULTAN MELAYU




BUTTERWORTH – Seorang jurutera dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas dia didapati bersalah terhadap pertuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tiga tahun lalu.
Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chan Hon Keong, 29, selepas meneliti fakta dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.
Menurut Ikmal Hishan, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius kerana ia turut melibatkan kepentingan awam.
“Ini (kes tersebut) satu-satunya kes menghina Sultan Perak yang dibicarakan secara penuh di mahkamah.
“Selepas meneliti, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bermula hari ini (semalam) dan denda RM50,000. Jika tidak bayar, penjara lagi enam bulan,” katanya.
Ahli keluarga tertuduh termasuk isterinya, Khoo Hui Suang, 28, dilihat menitiskan air mata selepas mendengar keputusan hukuman. Pada 15 April lalu, Hon Keong mengaku tidak bersalah selepas didakwa bersama isterinya, Hui Suang kerana mengedar komen lucah menghina Sultan Perak melalui ruang siber.
Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan itu melalui laman web http:// books.dreambook.com/duli/ duli.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak iaituwww.sultan.perak.gov.my. Laman web tersebut kini telah disekat daripada dilayari.
Komen itu berunsurkan lucah dan menghina institusi diraja Perak.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012