0 JOM BELAJAR KECEK KELATE

JOM BELAJAR KECEK KELATE...;)
hehehe



agah / hagah – sombongan 
api stok(api stop)- traffic light 
asore bodi – insuran kereta / motor 
awe – panggilan manja kepada orang lelaki 
awe sejambo lebak = satu watak dalam drama main tteri 
basah jjerok – basah kuyup / lecun 
bbageh – kaedah pengubatan tradisi / jampib 
baloh – berkelahi
bbini – berkawinb
bojeng – guting rambut
borak – merebak
bedua (sebutan bunyi dihidung) -rasa ingin marah / benci
bekwoh – kenduri (mungkin berasal dari perkataan Inggeris – big work)
belabik – (siapa tahu tolong jelaskan)
belengah – melekit
betak – kenyang
betap wak – lembap
biru kketu – biru yang amat sangat
blebe – berleter
bocah / boceh – buncit
bojeng – fesyen rambut (contoh: bojeng 1-2 = rambut hampir botak)
bok – buku (asal perkataan Iggeris – book)
bokali – barangkali
bokbong – cempelai (spesis musang)
brona – rosak / budak yang menangis tak berhenti
buah spelek – sesuatu (teknik) yg istimewa
buah topoh – buah epal (diambil dr perkataan arab “tuffah” = epal)
buah zabik – kismis
buat nyayo – menyiksa
buje / oghe buje – janda
busuk banga – terlalu busuk
busuk kohong – terlalu busuk
butak – perut buncit
ca – air yang bertakung di bawah atau tepi rumah
cah keting – bentes
cok – cangkul
ccawat kote – bersedia
ccerok – perut berbunyi bila lapar
cceruk – potong rumput untuk haiwan
cebok – cedok (selalunya untuk cecair, mencedok)
cema clote / cpolok – terlalu kotor
cepelak – lancang
cerah craca – terang benderang
cerah perut – cirit birit
cliko – curi tulang / pemalas
cokek makbolok – cucuk pinggang kawan dengan jari telunjuk dgn tujuan bergurau
comel llote – amat cantik
cuwoh – curah
dale so – pusat hiburan di Kota Bharu zaman dulu (asal perkataan Inggeris – show)
ddasing – menari (asal perkataan Inggeris – dancing)
dderak / bederak – suka merayau / berjalan
de (sebutan English – dare) – sempat / dapat
debek – teruk (asal perkataan Inggeris – “the bad”)
deh? – memohon restu atau persetujuan, lebih kurang “ok?”,
dekpong gak eh – kalau ya pun
dermo basikal – asal perkataan Inggeris -”dynamo”
dok cckoh – duduk bercangkung
dok kene (sebutan English – doc care nay) – ya bukan / “isn’t it”
dok ko? – ya tak?
dok? – lebih kurang “bukan?”, “betul tak?” atau “isn’t it?”
duga / luga – tak sedap perut /loya (sebutan ikut daerah)
gaduh – nak cepat
gak – lebih kurang “habis tu”
gdebe – berani / samsing
gege – bising / riuh rendah biasanya ada bunyi ketawa (asal perkataan Inggeris – giggle) – contohnya: jange ggege gak! = don’t giggle! Please
gelebek – biasanya terjadi pada mata pisau/parang bila kerat benda keras (tumpul gelebek – sangat tumpul).
gelembong boya – kueh daripada beras pulut (species dodol)
gelenyar / gletah – merenyam, getik
gelega – lantai
gemuk ddebok – terlalu gemok
genyeh – tenyeh
geretak – jambatan
getah sokmo – kueh daripada ubi keledek
getek – juga
ggapo – apa
ggatih teksi – kayuh beca
ggocoh – bertumbuk
ggoghi – bagi memulakan sesuatu
ghak – semak
ghohok = sukar, susah, payah
goba = risau
gong – tolol
gonyoh – gosok dgn kuat
griak – kahak
guano – lagu mana / macam mana
hapok kohong – bau hampak
hnja – tendang
ho (sebutan bunyi dihidung) – “ya lah..” atau “yes”
honda samah – honda cub 50cc
hungga – berlari
ike kkhonge – ikan cencaru
istek – ladang (asal perkataan Inggeris – estate)
jamah – pegang / sentuh
jatuh celabok – jatuh berteraburan
jebat – bau yang dikeluar oleh binatang untuk menanda kawasannya (contoh: jebat musang) – kepada orang Melaka… maaf lah ya
jebbeng – berjambang
jebeh – mencebek
jebo – botol kaca
jelira – sedap / kena dgn slera
jellaq – tamak / orang kepalaparan dapat makanan
jemba – berjumpa / sua
jemeleh – sembelih (contoh: tak jemeleh ko? = tak sembelih lembu ke? )
jemore – lantai basah, gelegar bulu atau batang pinang – rumah kampung dulu-dulu
jenera – lena
jerkoh – sergah
jjolor – menjulur
jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak itu)
jong kako = tukang angkat hidangan makan / penanggah)
kabil – salah satu teknik mendayung sampan
kaki sbaye – kuku jari kaki yg rosak dan berbau
karya basikal – tempat letak barang di belakang basikal (asal perkataan Inggeris – “carrier”)kasut bok = kasut jenis “boot”
kayae – bisanya digunakan untuk tanda kawasan rumput yang nak disabit
kdolok – lawak
kebek – membuka ruang menjadi lebih besar
kecek – pujuk / goda
kekoh – gigit
kelaring – kotor (asal perkataan Inggeris – colouring)
kelong/belong – tipu muslihat
kelorek – kedekut
kenye bboyah – terlalu kenyang
kepek idung = kueh puteri mandi
kereta plek – kereta sewa / teksi
kerlong – greedy / tenong
kesit – sunyi (lonely)
ketik – gigit kecil
ketik ttunga – kurus / kecil serta pucat
ketok bodi – buat / baiki badan kenderaan
kkecek – bercakap
kketei – kantin
klikpah-klikpah – terpinga pinga
kodi – tidak berkualiti
ko’o – ketawa berdekah-dekah
kota – cukai jalan atau insurans (contoh: kreta kawe tak dok kota )
kuca hanya / kuca lana – berteraboran
kuda – sepak
kuk / kok – sekeh
kuning nnehe / llehe – terlalu kuning
kupik – kedekut
lamoke – nanti kan
lari kecik ppala-ppala – lari terlalu laju / lintang pukang
lecah – payau atau becak (contoh: “toksoh lah awe…lecah” maksudnya ” tak usah lah ya … payau”
leweh – kurang solid
lipotei – tidak tetap duduk / ke sana ke sini
lobey – gila-gila atau bengong
loleh – tak serious
lorong tua (sebutan bunyi dihidung) – kawasan pelacuran di Kota Bharu zaman dulu (dah tak ada lagi sekarang ni)
mahkamah tinggi ayoh kob – mahkamah tinggi high court
main tteri – drama tari pengubatan tradisi
mamba – tok segar / tegar
manih lleting – terlalu manis
mase ppughik – terlalu masam
masin ppeghak – terlalu masin
mek – panggilan manja untuk orang perempuan
merket – pasar (asal perkataan Inggeris – market)
mmeda – buang air besar
mmupo – mandi sungai
mokte – rambutan
ngga – tolol
nghele – menghadiri kenduri
ngidung – sengau
ngusuk – terakhir
nnakut / penakut apah – terlalu penakut
nnate – binatang (kadangkala “simbol” kemesraan antara kawan)
nnawak – bohong
nneja – pengurus (asal perkataan Inggeris – Manager)
nneting – melantun
nngapo – meracaun
nungei nyor – “somersault” – kadang-kadang dibuat perumpamaan frust nungei nyor (frust somersault la tu!!)
nnusuk – sembunyi (main nnusuk – main hide and seek)
nnyaba – tak kuat
nnyaca – terhuyung hayang nak jatuh
nok ssega angin – metodologi pengubatan cara tarditional contohnya main puteri
nyace – kayu atau besi yang dipacak ke tanah..tambak lembu
nyapong – carut
nyayo – kesian
nyior koter – kelapa tua
pah? – lepas itu?
pahit llepe – lerlalu pahit
pakddahak – tanda silang atau pangkah
papok – bapok / pondan
patat siput – kemahiran (skill) contoh: tak dak patat siput – maknanya tak ada kemahiran
pecah peda – kentut
pekong – baling
pelepong lembu – paru-paru lembu
penampa tawa – penampar percuma
pengah (sebutan bunyi dihidung) – gedik / getik (greedy)
perone – tempat membuang / bakar sampah
perut besar – mengandung
petong – baling
pitu gek – pintu pagar (gate)
plungo – kayu atau besi tajam untuk tambat lembu
pok ko – spesis mengkarung tapi boleh memanjat
pozek – bayar muka (asal perkataan Inggeris – deposit)
ppala bakul – cukai yang dikenakan oleh majlis bandaran ke atas peniaga
ppala bubus – kepala botak
ppatak – paling bawah
ppiyah – ketayap / kopiah
prebet sapu – teksi sapu
prekso – peperiksaan
pungga – baling
putih ssueh – terlalu putih
putung kalong – batang kayu untuk dibaling
ralek – leka
rauk muka – sapu muka
redas – cakap laser / baling
rhoyat – bagitahu / maklumkan
rhukah – panjat
rima – harimau
rizat – keputusan (asal perkataan Inggeris – result)
roba – getah pemadam ( asal perkataan Inggeris – rubber)
sa – satu
sabik – sebab
saing – kawan
saksoba – penyerap hentak (asal perkataan Inggeris – sock absorber)
samah – 50 sen
samah seghia – pendapatan kecil untuk sara anak isteri
saru – serabut
satu sut – berpakaian lengkap
seghia dua = pendapatan kecik untuk sara anak isteri
seh inguh – hembus hingus
selareh – selalu
sele-bele – tak kemas / cuai
sengeleng – sengaja
senyap tipah – tak ada khabar berita
sgeto – kawasan “keras” – ada penunggu
sghia – RM1.00
sia – sembuh dari luka (asal perkataan Inggeris – seal)
sleke – silakan
smaye ssejid – sembahyang di masjid
smeesek – terlalu mudah
smuta – kain lilit kepala
SO ( sebut “es o”) – Pegawai ukur (Survey Officer) – Orang Kelantan dulu-dulu panggi SO
sobek – hias
sokmo – sentiasa
sopeh – serpih
ssong – sesuai (tak ssong – tak sesuai)
ssumba – pewarna untuk makanan/minuman
suku – berasingan (bungkus suku – bungkus asing-asing)
supik – beg plastiksupik gelenyar /supik rhokrhak – beg plastik yang nipis
suwih – swis (asal perkataan Inggeris – switch)
tak cakno – tak hirau
tak mmado – tak peduli / tak padan
tak pok – tak cukup cerdik
tak ppaka – tidak terpakai (tak pakka benda – tak menjadi)
tak rak – tak mampu
tanggong – lebih kurang “ssong” – sesuai
tawar heber – terlalu tawar
te (sebutan ikut English – tare) – pusing (asal perkataan Inggeris – turn) contoh : demo te kkiri – awak pusing kiri)
tepoh – langgar
tohok – buang
tok bageh – kepala upaca bbageh
tok ggawa – ketua daerah
tok kerani – kerani di pejabat
tok laki – suami
tok mindok – tukang gesek rebab main tteri atau mok yong
tok nebeng – ketua kampung
tok nngulu – ketua mukim
tok peraih – berniaga kecil-kecilan di pasar
tok ppeti – mufti
tok tteri – kepala upacara main puteritonye – ejek dgn memek muka
ttino – betina / perempuan (oghe ttino kawe = isteri saya)
ttino garik – perempuan jalang ( disebut bila dalam keadaan marah)
ttuyup – pepatung
tubik – keluar
tuke ttesen – tukang tulis / taip petisyen
tunja – tendang
turik – berdesing pendengaran
wa (sebutan bunyi dihidung) – sakit hati, marah
wak nganyi – perli / ejek dgn kata-kata
wok lor – tolol
yak!! – lebih kurang “opocot!!!” atau “oops!!”

selamat memahami yer kawan2...;)
loghat kelate itu INDAH...muehehe

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012