0 Kadang-kadang Cinta Itu Perlu Ada Kesabaran








Kadang-Kadang Cinta Itu Perlu Ada Kesabaran




Di antara aku dan kamu, sudah terjadinya satu ikatan.. Dan kita diuji di dalam perhubungan ini di mana menghayati ertinya kesetiaan dalam bercinta.. Kita diduga dalam getir mencari noktah bahagia jika benar cinta itu ada..




Ada cerita tentang kita yang masih lagi kabur tentang akhirnya.. Ada aku dan ada kamu melengkapi kisah kita di dalam sama sama mencari dan memenuhi ruang ruang kehidupan ini hingga ke akhir nafas..

Namun gelombang kehidupan ini selalu bergelora ombaknya

Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dijangka, dicuba-cuba dan diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang berlaku selepas itu redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada ruang untuk kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita..


Hatinya terlalu dingin untuk kurapati dan merasakan bertapa panasnya dari kejauhan.. Hanya mampu melihat dan memandang lesu, terdetik di hati siapalah aku kini.. Amat terdiam rasa hatinya hingga kadang ku rasakan tiada bening suara menghiasi kamar sepiku..


Dan kerana hatinya amat keras hinggakan kadang aku hanya merasakan satu kepahitan di dalam menelan arus kehidupan.. Keras hatinya kadang membuatkan aku dan kamu semakin menjarak pada antara jiwa yang seharusnya kita menikmati bertapa indahnya ikatan ini..


Lembutkanlah hatinya agar mudah menerimaku seada adanya.. Kerana aku punyai rasa ingin dikongsi sepanjang perjalanan ini.. Kerana aku tak sanggup lagi menahan sebak yang semakin lama semakin terasa sedihnya..


Jika kamu ingin tahu, sungguh di dalam hati ini cuma ada kamu.. Cuma ada kisah kita.. Sungguh aku telah merasakan bertapa sakitnya menyimpan rasa.. Dan aku jua tahu, sekali lagi aku telah jatuh cinta..

Pulangkanlah dimana dirimu, yang sewajarnya berada.. 

Kerana aku tidak mahu lagi terasa keseorangan walau jalan jalan ini, bukan bayangku seorang yang ada.. 

Kerana aku tidak mahu melihat kamu jatuh dan terus rebah, dan tidak mampu untuk bangun sendirian..

Kerana aku dan kamu adalah kita yang seharusnya bertaut pada kasih, bukan mencari alasan menjauhkan diri pada hakikat..

Kerana aku tidak mampu untuk melihat kamu terus menerus melukai hati kamu sendiri lagi dan menutup setiap kesakitan hanya dari senyuman kamu yang palsu..


Saban hari kita rasa bertuah dan amat berterima kasih kerana memiliki dia, seorang yang kita dambakan.. Namun setelah beberapa perkara terungkai, sebenarnya kita bukanlah siapa siapa padanya.. Hal yang amat menyedihkan dan menyakitkan bila kita sedari seseorang yang kita cintai sebenarnya tidak menyintai kita dan masih menyimpan rasa pada orang lain.. Walau pada hakikat dirinya kita miliki namun hatinya jauh untuk kita sentuhi

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.. Cinta itu seperti sinar matahari, tidal memilih siapa yang ia sinari.. Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati.. 
Kehidupan kita bukan mencari cinta dan bahagia semata mata.. Kita punyai tanggungjawab dan amanah sebagai hambaNya.. Jika suatu hari nanti, siapa jodoh kita tidak seperti yang kita inginkan, ketahuilah itu adalah perjalanan takdir hidup kita.. Dan sebuah perkahwinan bukan hanya untuk hubungan seks dan cinta sahaja.. Sedangkan sebuah perkahwinan adalah tuntutan dari sebahagian kita hidup berpasang pasangan di dalam mencari keredhaan Allah SWT..

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012