0 KENAPA ANDA PELUPA?


Kenapa aku pelupa?




ANDA boleh menjadi ahli fikir yang baik dengan meningkatkan
sensitiviti semua deria yang anda miliki. Dengan yang demikian, anda boleh melatih dan
mengajak diri anda berfikir tentang segala yang anda mahu. Berbincang mengenai sesuatu
perkara akan melatih anda berfikir. Pemikiran dalam otak anda mula berkembang bila anda
berhujah sama ada menolak, mempersoalkan atau bersetuju tentang sesuatu konsep yang anda
minati. Melalui proses ini lama kelamaan fikiran anda akan tajam dan anda telah membentuk
suatu sikap dan mempunyai satu pendirian anda sendiri.

Sikap anda yang kritis itu seterusnya akan melahirkan
keputusan yang lebih wajar, tepat dan matang. Jadi rajin-rajinlah berfikir agar anda
menjadi seorang yang kaya dengan idea dan tidak mudah lupa. Jangalah terima pendapat orang
lain tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Anda perlu kemampuan anda sendiri untuk berfikir
secara realistik tanpa prasangka tentang sesuatu isu.

Jika anda terima bulat-bulat fikiran orang lain bermakna anda
tiada kekuatan mental. Jika anda tiada kekuatan mental untuk berfikir secara kritis maka
anda sebenarnya tidak tahu kemanakan haluan fikiran anda. Daya fikiran yang berkesan
adalah pemikiran yang mendorong anda menjadi manusia yang berkualiti.

Kelemahan daya fikiran ada hubung kaitnya dengan keupayaan
mengingat semula. Ini berhubung rapat dengan gejala mudah lupa yang anda alami. Kelemahan
daya fikiran adalah disebabkan tiadanya dorongan atau galakan menggunaan kekuatan mental
sepenuhnya. Maknanya anda tidak menggunakan otak anda seratus peratus dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Kajian menunjukkan cuma dua peratus hingga 10 peratus sahaja kebolehan
mental digunakan untuk tujuan-tujuan berfikir.

Sebenarnya manusia normal ada kebolehan untuk berfikir tetapi
tidak berminat untuk mengembangkannya. Anda sudah mempunyai tabiat dan sikap ambil mudah
saja iaitu cuma berminat ke atas perkara yang anda rasa berkemampuan membuatnya saja. Anda
sebenarnya tidak cuba untuk berfikir secara positif untuk kebaikan sendiri. Akibatnya
fikiran anda tidak terkawal dan ini akan melemahkan sikap anda terhadap sesuatu isu.

Anda cuma jadi pak turut. Fikiran yang bercelaru (akibat dari
rasa kebencian terhadap seseorang yang amat sangat angkara berita tanpa usul periksa yang
anda guna pakai) akan menyebabkan fikiran anda tidak ditumpukan terhadap persoalan asas
yang lebih penting. Anda seakan hilang pedoman hidup. Jadi anda harus bertindak untuk
berfikir secara efektif dan positif.

Janganlah malas berfikir. Sebenarnya anda boleh mengawal
sikap malas yang ada pada anda jika anda mempunyai fikiran bahawa anda boleh mengatasi
sikap malas tersebut.

Selain dari faktor malas yang ada pada anda menjadi penyebab
anda mudah lupa, penulis berpendapat sikap pemalu yang melulu yang anda miliki yang boleh
menjadi punca anda mudah lupa. Misalnya sesuatu maklumat/perkara akan lebih mudah diingati
sekiranya anda sendiri yang berusaha bertanya mengenainya. Malangnya ada diantara kita
yang malu untuk bertanya. Akibat dari sikap malu yang tidak bertempat ini menyebabkan kita
tidak bertanya apa-apa mengenai perkara/isu yang dibangkitkan. Akhirnya hasil perbincangan
akan dilupai begitu sahaja.

Anda tentu tidak mudah lupa akan jawapan yang diberikan oleh
guru anda yang menajwab soalan yang anda kemukakan. Marilah kita mengamalkan sikap tidak
malu untuk bertanya dalam hal-hal apa sekalipun dalam usaha mencari ilmu/kebenaran. Kaedah
monolog dalam sesuatu sesi pengajian/pengajaran/kaedah mengajar mungkin menjadi punca kita
malu untuk bertanya kepada pengajar. Dialog yang diadakan mungkin lebih berkesan dalam
menyumbangkan ke arah mempertingkatkan daya ingatan.

Selain dari faktor malas berfikir dan malu untuk bertanya
menjadi punca anda mudah lupa seperti yang dibincangkan di atas. Faktor tekanan hidup
(stress) juga boleh menjadi menyebab kepada gejala mudah lupa. Tekanan hidup yang dialami
merupakan suati keutamaan yang negatif ke atas fungsi daya ingatan. Didapati seseorang
yang mengalamai tekanan hidup yang amat sangat tidak akan berupaya menyimpan
maklumat-maklumat yang baru diterimanya. Seseorang mengalami tekanan hidup yang tidak
berupaya untuk mengeluarkan maklumat yang sedia tersimpan di benaknya ini kerana daya
ingatannya terhalang dan menjadi pelupa. Jadi untuk tidak mudah lupa maka apa saja yang
menjadi punca "stress" mestilah dihindari. Banyakkanlah berehat dan tenangkanlah
fikiran.

Anda juga mudah lupa akan sesuatu perkara bila mana anda
berada dalam situasi kelam kabut, gopoh, marah, emosi dan tidak tenteram. Misalnya anda
mungkin mudah lupa untuk membawa telefon bimbit jika anda bangun lewat dan tergesa-gesa ke
tempat kerja. Untuk menggelakkan itu semua maka kita perlu sentiasa bersabar dan mulakan
sesuatu urusan dengan bismillah/ingat Tuhan. Jangan mudah lupa akan nikmat iman, nikmat
badan sihat, nikmat umur panjang dan beraneka nikmat lain yang tidak terhitung jumlahnya.

Keadaan sekitaran juga boleh menjadikan seseorang itu mudah
lupa. Bila orang berada di situasi yang hingar-bingar, sekitaran yang merimaskan, keadaan
kesesakan mana mungkin anda mengingat maklumat yang diberikan dengan sempurna. Anda
lazimnya akan lebih mudah mengingat balik sesuatu perkara yang pernah anda alami bila anda
berada di situasi/tempat yang sama di mana tragedi itu terjadi. Ada hal anda akan mudah
lupa bila berada di tempat yang berbeza. Misalnya anda berada di luar tempat kelahiran
anda berhijrah ke kota besar, maka suasana sekitar akan sedirkit sebanyak mampu menghakis
nostalgia silam, lebih malang lagi anda yang tiba-tiba berpeluang belajar di menara gading
telah lupa akan asal-usul nenek moyang yang merempat dan haprak di kampung.

Akibat pengaruh suasana sekitar/pengaruh pendapat kawan maka
anda lupa matlamat sebenar ke bandar/menara gading. Jangan lah mudah lupa akan sesuatu
visi juga misi serta wawasan kita ke sesiatu tempat. Jangan mudah lupa daratan. Ingatlah
tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat kelahiran. Di mana bumi dipijak, di situ
langit dijunjung. Seperti termaklum, anda akan menjadi lupa akan apa yang dialami di kala
berdepan dengan sesuatu yang merbahaya, dalam keadaan terlalu emosional atau dalam keadaan
kemalangan tertentu. Bila mana berlaku sesuatu kejadian yang terlampau tidak menyenangkan
maka daya ingatan kita akan memadamkannya. Umpamanya seseorang yang tercedera teruk dalam
sesuatu kemalangan lazimnya tidak dapat mengingat apa-apa beberapa detik sebelum
berlakunya kemalangan tersebut.

Daya ingatan akan lebih berkesan jika sekiranya sesuatu
urusan itu dibereskan sepertimana sepatutnya pada masa yang ditetapkan. Sesuatu
kerja/projek/tugasan yang tertangguh dengan sengaja akan mudah dilupakan bila ada projek
lain yang lebih anda minat menjelma. Jadi jangan suka bertangguh, kerana ini akan
mengundang sikap mudah lupa. Seseorang akan mudah lupa sekiranya tidak bertindak mengikut
keperluan/realiti semasa. Jadi bersedialah dengan fikiran terbuka serta bersegeralah
menghadapi kenyataan semasa tanpa berlengah. Sembahyang di awal waktu adalah lebih afdal
dari di akhir waktu. Lebih cepat kita lupa sehinggalah ianya mendatangkansesuatu kesan
yang menyusahkan. Utamakan yang utama agar anda tidak mudah lupa akan tugasan penting yang
mesti dibereskan segera. Percaya atau tidak, sesetengah individu menggunakan tabiat
pelupanya sebagai satu cara untuk menarik perhatian pihak lain. Seseorang yang latah
mungkin lupa akan dunia realitinya sehingga melakukan aksi yang di luar batasan serta
mengeluarkan kata-kata yang kurang baik. Mungkin tabiat mudah lupanya menjadikan ianya
satu tarikan ramai setempat.


renung-renungkanlah...:)

tolong klik skali..mekaseh..:)



Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012