0 Ketahui Bagaimana Cara Menjaga Hubungan Antara Anda Dan Pasangan Anda


Ada sesetengah pasangan mudah untuk menjalinkan hubungan dan ada juga yang susah untuk menjalinkan hubungan dengan pasangan mereka tetapi adalah lebih susah sebenarnya untuk menjaga hubungan antara anda dan si dia dimana untuk menghasilkan hubungan yang berkekalan dan bahagia setiap individu itu perlu memahami apa yang pasangan inginkan dan bertolak ansur.
Adalah sesuatu yang sangat normal jika anda dan pasangan anda mempunyai pandangan berbeza dalam sesuatu pendekatan. Ini kerana, anda dan pasangan anda datang dari cara dan latar belakang yang berbeza dipupuk dari kecil hingga besar oleh keluarga masing-masing jadi tidak pelik jika ada perbezaan pendapat antara anda dan pasangan anda.
Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk menjaga hubungan antara anda dan pasangan anda supaya hubungan anda dengan si dia lebih intim dan seterusnya berkekalan. Berikut adalah cara yang boleh anda gunakan untuk menjaga hubungan antara anda dan pasangan anda.

Komunikasi

Asas yang paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi. Ia seperti juga bercakap dalam telefon apabila talian anda putus, anda tak dapat berhubung dengan pasangan anda. Dengan komunikasi yang baik, anda dapat menyampaikan mesej serta maklumat yang jelas pada pasangan anda dan seringkali berlaku perselisihan kerana masalah komunikasi, salah dengar dan salah faham.

Hormat dan dihormati

Untuk dihormati oleh pasangan anda, anda perlulah menghormati pasangan anda terlebih dahulu. Hormati pasangan anda dan jangan sekali-kali memperkecilkan dirinya. Cakap dengan nada yang sopan supaya pasangan anda rasa tenang dan rasa dihormati oleh anda.

Tunjukkan kasih sayang

Sering beri alasan mengatakan diri anda tak romantik. Anda pernah dengar dengar pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” ? Dah anda suka dah sayang pada pasangan anda, tunjukkanlah perasaan kasih dan sayang padanya supaya dia boleh merasa kehadiran anda. Ada juga yang sering kali memberi alasan, “Tak perlulah romantik sangat”.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012