0 Menangis Itu Satu Pilihan




Menangis dan merasakan kesedihan bukanlah bererti kita hilang akan harapan.. Dan menidakkan satu suratan.. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan..

Kerana kita punyai rasa yang tersimpan di dalam lubuk hati.. Satu perasaan yang bercampur baur dalam menghadapi liku liku perjalanan kita.. Ranjau itu mengajar kita tabah di dalam peningkatan kematangan umur kita..

Hati kita kadang merasakan amat sakit dan kecewa akibat beberapa perkara yang kadang sukar untuk digambarkan dengan kata kata mahupun dengan gaya penulisan..
Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.. Dan turut menginsafi kita akan luka luka di dalam liku perjalan kita..

Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. Yakin dan percaya akan ketentuanNya.. Malah melembutkan sedikit hati kita yang semakin keras dan semakin kuat akan dusta..

Kerana tangisan itu pengubat hati yang tersentuh..
Sesekali menangis, percayalah.. Bukan Allah SWT tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih.. Akan tetapi Dia mahu kita rapat padaNya.. Kerana akan hakikat yang telah tempuh, semakin menjarakkan kita dariNya.. Sedang itu adalah ujian dan dugaan pada kita..

Lantaran duhai jiwa jiwa yang sedang kesedihan.. Relakan sedikit keinsafan menusuk ke dalam lubuk hatimu.. Sedang sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya.. Menginsafi akan kesalahan kesalahan kita dan berbalik padaNya..
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan lebih bererti.. Mengapa terus hanyut dan biarkan hilang akan maruah diri tika amat memerlukan, walau kamu lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu..
Kita punyai rasa.. Kita punyai perasaan.. Dan kadang tangisan itu mungkin dapat memberi kelegaan pada seseorang.. 

Selalu dikaitkan, wanita kerap menangis berbanding dengan lelaki.. Dan secara umumnya mengetahui, air mata seorang wanita itu mudah mengalir dari lelaki, dan ini mungkin kerana sifat yang ada pada lelaki..
Belajarlah menghargai seseorang yang telah berada di sisimu.. Belajar untuk mensyukuri nikmat Allah SWT dan belajarlah menerima takdirNya.. Hidup kita bukan sahaja mencari cinta semata mata, tetapi mencari keredhaanNya
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu terselah di kemudian hari.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012