0 Microsoft Surface : Tablet Terkini

Nampaknya dunia komputer tablet semakin hangat. Microsoft baru sahaja memperlihatkan tablet mereka yang diberi nama Surface. Ianya tablet 10.6 inci yang bakal muncul dalam dua versi. Versi pertama menggunakan sistem operasi Windows RT manakala satu lagi menggunakanWindows 8 Pro. Pemproses dari keluarga Tegra digunakan untuk versi Windows RT manakala pemproses dari keluarga Core I5 digunakan untuk versi Win 8 Pro. Microsoft berharap tablet mereka ini mampu merapatkan jurang diantara komputer Windows Desktop dengan tablet yang diguna pakai sekarang. Seperti kita sedia maklum tablet memang sesuai digunakan untuk melayari lama web tetapi untuk melakukan kerja sebenar ianya masih belum benar-benar sesuai.

Kedua-dua versi Microsoft Surface menyokong Microsoft Office. Oleh itu Microsoft berharap tablet mereka akan menjadi pilihan mereka yang mahukan tablet yang boleh befungsi lebih dari menjadi sebuah pelayar web mudah alih. Microsoft juga memperlihatkan TouchCover untuk Microsoft Surface. Touch Cover ialah penutup skrin yang juga merupakan sebuah papan kekunci fizikal. Buat masa ini tiada haraga saranan diumumkan oleh Microsoft. Apa yang diumumkan hanyalah saiz muatan dalaman tablet iaitu 32-64 GB untuk versi MS RT dan 64-128 GB untuk versi Win 8 Pro









JOM USHAR TOP 1 BLOG KAT MALAYSIA:90 JUTA VIEW!!
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012