0 NORA DANISH MANGSA FITNAH


Nora Danish :Gambar Mabuk Di Kelab Malam Adalah Fitnah

by Z Z on MAY 30, 2012



Selepas pulang dari mengerjakan umrah, kehidupan pelakon manis Nora Danish tidak sunyi dari dilanda kontroversi. Kalau dulu, kontroversi dalam hidupnya hanyalah apabila beliau bercerai dengan Jejai, namun kini, makin hari, Nora dihimpit cerita yang kurang enak didengar.
Daripada cerita mengganggu hubungan rumahtangga Adi Putra dan isterinya Aida, kini yang terbaru penyebaran gambar mabuk beliau di kelab malam sehingga tersingkap bajunya. Maklumlah, orang sedang mabuk, pasti tidak akan tersedar kan. 
Kini Nora Danish tampil memberikan kenyataan kepada media tentang isu panas yang melanda beliau. Menurut Nora, itu merupakan gambar lama sebelum menunaikan umrah. Beliau tidak tahu kenapa dan apa niat pihak yang menyebarkan gambar aib beliau itu kepada umum.
Nora Danish juga berkata, selama 13 hari di Tanah Suci menunaikan Umrah, dirinya terasa tenang dan makin senang menghadapi dugaan hidup. Mengenai spekulasi liar yang melanda, Nora menegaskan yang beliau sedikitpun tidak kecewa mahupun tertekan.
Mungkin kifarah hidup buat Nora, yang mana ujian-ujian itu datang atas dosa silap yang dilakukan, Nora juga tidak menyangkal bahawa pernah melakukan kesilapan suatu masa dahulu, kerana beliau insan biasa yang tidak pernah sunyi dari melakukan. Wallahualam.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012