0 PERAGUT PARAH TERLANGGAR KERETA SEMASA DIKEJAR

Peragut itu dibawa ke HRPB untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditahan polis untuk siasatan.
IPOH – Kerakusan seorang peragut berakhir apabila terbabit dalam kemalangan melibatkan motosikal yang ditungganginya dengan sebuah kereta sejurus selepas meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Bendahara, semalam.
Dalam kejadian jam 1 petang itu, peragut terbabit cedera di bahagian kepala.
Peragut berusia 37 tahun itu turut merayu jurugambar media supaya tidak merakamkan kejadian tersebut agar ahli keluarganya tidak akan menanggung malu akibat perbuatannya.
Gelagat peragut berkenaan membuatkan jurugambar, polis serta orang awam yang berada di tempat kejadian tersenyum.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, suspek dipercayai meragut beg tangan milik seorang wanita berusia 20-an yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke sebuah restoran.
Katanya, orang awam yang menyedari kejadian itu segera membantu wanita tersebut dengan menghalang suspek yang cuba melarikan diri menaiki motosikal.
“Tindakan orang awam berjaya menghalang suspek daripada melepaskan diri sebelum terbabas dan melanggar salah sebuah kereta berhampiran tempatan kejadian.
“Insiden itu menyebabkan suspek mengalami cedera parah di kepala sebelum berjaya diberkas anggota polis yang berada di tempat kejadian,” katanya.
Azisman berkata, suspek dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes curi motosikal, samun dan dadah.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012