0 REMAJA 13 TAHUN MANGSA ROGOL KENALAN FB


Mohd Rawi (kiri) mendengar luahan bapa mangsa (tengah) sambil diperhatikan
mangsa (kanan).
IPOH – Akibat terpedaya dengan kata-kata manis seorang rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial Facebook, seorang pelajar tingkatan satu akhirnya menjadi mangsa rogol, di sini, minggu lalu.
Mangsa yang baru berusia 13 tahun mengenali lelaki berkenaan, akhir tahun lalu menerusi laman Facebook sebelum mengatur beberapa pertemuan dan menjalinkan hubungan cinta.
Bagaimanapun, dalam pertemuan mereka minggu lalu, lelaki berusia 16 tahun yang sudah menamatkan persekolahan lebih awal mengajak mangsa melakukan hubungan seks.
Insiden berkenaan disedari ahli keluarga, 27 Mei lalu setelah mangsa yang sebelum ini tidak pulang ke rumah dan tidak hadir ke sekolah hampir dua hari, ditemui polis.
Dalam pertemuan di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, di sini, semalam mangsa memberitahu, dia bersama lelaki berkenaan sering bertemu di salah sebuah pasar raya terkemuka di Ipoh.
Malah menurutnya, tanpa pengetahuan keluarga, dia juga kerap ponteng sekolah semata-mata mahu bertemu teman lelakinya itu yang dimaklumkan bekerja di sebuah gerai makan di Kuala Lumpur.

“Sepanjang perkenalan kami, dia layan saya dengan baik. Ada ketikanya dia juga membelikan saya macam-macam hadiah seperti rantai dan cincin,” katanya.
Mangsa berkata, akaun Facebook berkenaan dibuka sendiri atas tunjuk ajar seorang kenalan ibunya dan sering melayari laman sosial berkenaan di rumah dan pusat siber untuk menambah kenalan.
Sementara itu, Ketua Urus setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata, kes membabitkan remaja 13 tahun itu adalah kelima direkodkan di pusat khidmat aduan berkenaan sejak Februari tahun lalu.
Menurutnya, semua kes berkenaan membabitkan remaja berusia antara 13 hingga 18 tahun yang terperangkap dengan pujuk rayu cinta di laman sesawang.
“Saya yakin, sebenarnya ramai kalangan remaja yang yang terbabit dalam kes seumpama ini, tetapi malu untuk tampil memaklumkan kepada kita.
“Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam memantau kegiatan anak-anak mereka yang ketagih dengan Facebook, pastikan tahu dengan siapa mereka keluar dan bergaul,” katanya.
Beliau berkata, penggunaan akses internet terutama yang membabitkan laman sosial perlu dikawal sebaik mungkin agar anak tidak mudah terjerat dengan jenayah siber seperti penipuan, pornografi, buli siber dan sebagainya.
“Kes seperti ini hanya memberi kesan negatif, mereka mula tidak minat belajar apabila terlalu asyik melayari laman sosial, keadaan ini pastinya menjejaskan akademik dan masa depan,” katanya.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012