0 TANDA-TANDA PASANGAN CURANG




Melalui alam berkasih sayang sungguh indah, siapa-siapa pun mampu melafazkan cinta. Tetapi untuk mempertahankan sesebuah perhubungan bukan satu kerja mudah.  Telah banyak cinta yang kecundang diseparuh jalan. Banyak sebab musababnya termasuk dorongan nafsu dan rasa tidak sabar pasangan.
Seandainya perpisahan terjadi dalam nyata tidak mengapa. Bolehlah kamu meneruskan kehidupan mencari pengganti. Namun ada juga individu mulai tamak haloba. Mahu dilepaskan salah seorang tidak sanggup, lalu diduakan cinta kerana hati mula jatuh kepada kedua-duanya. Maka jadilah peristiwa – di sana menanti, di sini menunggu.
Perhubungan melibatkan dua jiwa pasti banyak masam manisnya. Cinta mampu membawa kebahagian tetapi perkataan itu juga mampu melukakan hati. Terutama jika melibatkan pasangan yang berlaku curang. Lazimnya kecurangan terjadi takkan mampu disorok lebih lama. Lambat laun pasti terbongkar jua.
Sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Perumpamaan ini sangat padan diberikan kepada pelaku. Bagaimanakah agaknya kamu mahu mengesan kecurangan yang berlaku? Berikut ada beberapa isyarat, petanda atau petunjuk pabila pasangan kamu berlaku curiga.
1. Kata Hati
Segala-galanya bermula dengan gerak hati. Biasanya wanita dikatakan punya naluri paling tepat. Tetapi lelaki juga mampu merasakan perkara sama jika dihalusi dengan betul. Seandainya hati sudah terbetik satu rasa sangsi, sila jangan abaikan rasa itu. Begitupun jangan cepat melatah kerana mungkin pasangan kamu setia orangnya. Pastikan dahulu gerak hati kamu bukan didorong rasa cemburu buta.
2. Bahasa TubuhSetelah itu perhatikan perubahan gerak tubuh kekasihmu. Masih sama atau ada beberapa perubahan dalam cara dia berdepan. Apakah matanya tepat memandang ke anak mata kamu, redup seperti selalu. Mimik wajahnya juga apakah seperti sedia kala, tenang dan mendamaikan. Mungkin ada kegelisahan ketika dia berada disisi kamu. Tangannya bermain-main dengan apa sahaja disekelilingnya. Kakinya mungkin kerap digerakkan. Sekiranya si dia tidak lagi fokus ketika keluar temu janji, kamu berhak berasa sangsi.
3. Hmm…Komunikasi tidak lagi lancar malah cakap pun sering teragak-agak. Banyaknya – Hmm, Erk atau Arr – terutama ketika mahu menjawab soalan-soalan cepu emas daripada kamu. Seolah-olah sedang mengatur ayat atau mencari helah menutup rahsia. Sekiranya kerapa dia tergagap-gagap begitu, memang patut kamu rasa bimbang.
4. Banyak RahsiaSekiranya sudah tercipta rahsia di antara kalian berdua itu tandanya telah wujud benteng besar dalam perhubungan. Jikalau ada rahsia disembunyikan dalam hubungan, itu adalah bunga-bunga awal berlakunya kecurangan. Bukankah resipi bahagia bermula dari kejujuran dan tiada rahsia di antara kedua-dua pihak.
5. Percanggahan Kata-kata
Apabila pasangan anda mula berbohong, pasti ada kenyataan-kenyataannya mulai bercanggah. Alasannya hari ini sama sekali berbeza daripada sebelumnya. Waktu diberikan pula mulai tidak tepat. Pada awalnya kamu mungkin dalam penafian, sekadar menganggap mungkin dia terlupa. Apabila sudah berkali-kali ada percanggahan kata, perut kamu mula kecut, hati pula sebal dengan tingkahnya. Kata hati pun mula membisikkan rasa tidak senang.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012