0 Tip Memanjangkan Rambut


Rambut panjang nan indah sememangnya menjadi primadona bagi kebanyakan kaum hawa di seluruh penjuru dunia. Namun, masalah yang sering dihadapi ialah rambut yang tumbuh tidak sihat. Walau bagaimanapun jangan terkeliru masalah rambut tidak sihat bukan hanya kerana perawatan rambut yang salah tetapi juga disebabkan oleh cuaca, pemakaian produk perawatan rambut yang tidak tepat dan pola makan yang tidak seimbang.

Faktor-faktor penghambat itulah yang membuatkan rambut kamu tumbuh menjadi tidak subur, mudah rapuh, patah dan kusam. Oleh itu, bagi memastikan rambut panjang yang sihat dan indah, berikut adalah tipsnya.


1. Gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut kamu. Jangan tertipu dengan produk syampu yang menawarkan pertumbuhan rambut secara pantas kerana bimbang bahan-bahan yang terkandung di dalamnya adalah bahan-bahan yang boleh merosakkan rambut.
2. Gunakanlah masker berkhasiat pada bahagian hujung rambut. Bagi memanjangkan rambut, khasiat yang cukup harus ada pada rambut.
3. Cubalah suplemen untuk rambut. Bahan-bahan yang terkandung dalam suplemen rambut terdiri daripada kalsium, zat besi, magnesium dan mineral garam yang akan membantu pemeliharaan rambut dari dalam.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012