2 Top 5 Reason Kenapa Laki Tu Tak Jadi Ngorat Awek Tu




Wahai wanita, pernah tak korang dingorat lelaki? Mula-mula korang rasa bangga je bila ada lelaki nak try ngorat korang, selang beberapa minggu, terus lelaki tu tak kontek korang. Lepas tu, korang plak terhegeh-hegeh kontek lelaki tu dan tertanya-tanya kenapa lelaki tu tak kontek korang lagi... Haaaa pernah tak terjadi situasi macam ni??? Nak tau pasal apa??? Haaaaa, ni top reasons kenapa diorang tak kontek korang lagi..

Pertama, mungkin sebab korang ni terlalu poyo or terlalu perasan bagus. Aku pernah ngorat seorang perempuan dulu, dengan cara yang gentle dan jujur aku ngorat awek tu yang mana aku cakap face to face dengan awek tu.
"Shiha, boleh tak saya tau nombor phone awak???" 

"Nak buat apa???" tanya Shiha, awek yang aku nak ngorat tu.

"Nak berkenalan... Huhuhuhuhu..." 

"Kat dalam kelas ni tak boleh berkenalan???" dia jawab.

BOLEH JALAN DAAAAAAAAAAA!!! Bisik aku dalam hati. Tu baru intro dah jual mahal. Memang la kita sekelas, tapi takkan hubungan nak kenal tu takat dalam kelas je? Hek elaaaaa!!!  Minah ni... Poyo nak mampus.. Sia-sia je gua drop ego untuk berkenalan minah jual mahal poyo tu. Aku tau, memang perempuan ni ada perasaan jual mahal, tapi aku bukan la lelaki yang terhegeh-hegeh or sincere sangat nak kenal ko tu. Banyak lagi list wanita yang aku nak tackle. 

Kedua, antara sebab kenapa laki tak jadi ngorat awek tu. Awek tu asyik nak menerima jeeeeeeeeeeeeeee... Paham tak maksud ni?? Kalau nak memulakan satu hubungan tu, mesti laki yang akan mulakan. Laki la yang akan sms then tanya khabar kat awek yang nak dingoratnya. Memang betul awek tu akan reply, tapi yang bosannya, laki tu jeee yang asyik mulakan sms. Tak pernah pun, awek tu tanya khabar kat kita. Seolah-olah one way communication je. Bosan dowh... Laki pun nak gak dimanja macam awek gak... At least one sms, wish ke, tanya khabar ke, dah boleh kasi laki tu bersemngat hidup!! Ada paham??? 

Ketiga, lelaki akan bosan bila korang tak reti nak introduce diri korang. Nak ditanya dulu, baru nak jawab. Lelaki masa nak ngorat awek, dia bukan nak tau takat birthday, number kad pengenalan, hobi, makanan kegemaran atau seangkatan dengannya. Laki pun nak share suatu yang interesting daripada awek tu. Contohnya, cerita-cerita zaman kecik korang. Lelaki pun kadang-kadang suka pendapat daripada awek, so, bila lelaki tanya pendapat dont say I HAVE NO IDEA.Tapi bila laki tu baca blog awek tu, bersepah macam-macam idea keluar dari awek tu, haaaaaaaaaaaa ada plak idea!! Menyampah guwe!!! Cisss!!

Keempat... Awek tu layan nak tak nak je... Kat sini, lelaki tu tengok korang ni jenis ikut kepala korang. Kalau tak suka kat laki tu, jangan layan terus. Jangan layan kemudian tak layan. Then layan balik... Haaa, nampak sangat yang macam laki tu barang mainan kepada awek tu.

Kelima... Laki mungkin tak layan awek tu sebab korang tak pandai control relationship tu. Lelaki akan memulakan hubungan dengan cara mengorat, tapi perempuan plak boleh control relationship tu. Samada nak jadikan relationship tu sebagai kawan or lebih dari tu. Jangan buat laki tu tertanya-tanya samada korang suka kat diorang atau tak? Ada situasi yang mana ada 2 orang lelaki sedang mengorat awek tu, tapi awek tu layan 2 orang tu. Jadi, laki tadi mungkin akan anggap korang anggap dia tu sebagai kawan je. So, sincere is the best way.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

2 comments:

Anonymous said...

wah, awk ni pandai brcerita...
anyway, sye rase sumenye betullah... ^^

Anonymous said...

best.. usahakan lagi utk dapatkan awek yg sesuai utk kau, jangan putus asa. bukan awek je jadikan bini sekali barula hubungan tak separuh jalan bro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012