0 BONUS RAYA 2012??

BONUS RAYA 2012
Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan awam bulan ini.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.- arkib 8 Ogos 2011
Ok..ini adalah berita pengumuman bonus raya pada tahun lepas…dan pada tahun ini adakah skrip yang sama akan diulang?…Dengan kedatangan Ramadan yang semakin hampir dan umat islam bakal menyambut ketibaan hari raya, rata-rata ramai kakitangan awam menantikan pemberian bonus raya 2012 seperti tahun-tahun sudah.

Dengan tarikh pilihan raya umum yang dijangka semakin hampir, desas desus mengenai pemberian bonus raya kakitangan awam 2012 dijangka semakin hangat untuk menjadi kenyataan. Ada yang mengatakan kerajaan akan memberikan bonus lebih dari tahun lepas, ada yang mengatakan sebulan gaji, namun ianya hanya sekadar cakap kosong tanpa sumber yang sah.

Apapeun, kakitangan awam akan tetap menunggu khabar gembira ini menjadi kenyataan. kalu ada ALHAMDULILLAH…Bonus raya 2012 tu dapat juga meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan serta membantu membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
P/S:- Apa kata penjawat awam sekalian??…ada bonus raya tak tahun ni??…kalau ada informasi bolehlah kongsikan di ruangan komen di bawah…


Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012