0 KAD DISKAUN 1MALAYSIA UNTUK PELAJAR (60% DISKAUN)

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)
Berita baik buat seluruh warga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara apabila semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Kad Diskaun Siswa 1Malaysia itu akan diagihkan bermula sesi pengajian September 2012 ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup pelajar IPT.
Kira-kira 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan. Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja. KDS1M terhad kepada tempoh masa pengajian saja dan pelajar tidak perlu memohon, sebaliknya diberi secara automatik bila maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat. Maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh didapati di www.1pengguna.com.
Info Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) :
Dikeluarkan Bank Rakyat
Diberi percuma
Diskaun 5 hingga 60%
Disertai 51 syarikat
Secara automatik, tidak perlu pohon



Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012