0 KAPTEN PERAK KESAL dengan PERBUATAN MENGASARI GHADDAR


Arul (tengah) dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Ghaddar.
KAPTEN Perak, Shahrulnizam Mustapha (Arul) mengakui gagal mengawal emosi sehingga dibuang padang dalam saingan Liga Super menentang Kelantan di Kota Bharu, kelmarin.
Dia dilayangkan kad merah selepas bertindak kasar terhadap Mohamad Ghaddar pada masa kecederaan sebelum tamat babak pertama.
Cerita Arul, pada mulanya dia mengasak penyerang import tuan rumah sehingga terjatuh dan kemudiannya bola itu sampai kepada Badhri Radzi.
“Saya mohon maaf kepada semua semua pihak, termasuk rakan sepasukan, penyokong dan peminat bola sepak atas insiden kad merah itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.“Tetapi, Ghaddar bingkas bangun dan saya menyatakan kepada dia you cheat (kamu berlakon). Kemudian, Ghaddar menghampiri dan mengeluarkan kata-kata kesat yang menghina ibu saya sebanyak dua kali.
Menurut Arul, peristiwa itu akan dijadikan pengajaran dan menjadi sejarah hitam dalam karier sebagai pemain.
“Saya kesal kerana tidak mengawal emosi dengan baik sehingga menyulitkan persiapan pasukan Perak menjelang dua baki permainan selepas ini,” katanya tegas untuk tidak memaafkan kata-kata Ghaddar yang dilemparkan terhadapnya.
Difahamkan, ketika permainan berlangsung, ibu Arul berada di hospital dan baru sedarkan diri selepas selesai menjalani pembedahan.


ulasan:Kapten Perak tu main kasar lepas tu nak cakap Ghaddar berlakon? LOGIK tak?
satu Malaysia tengok kat astro ARENA 801 tindakan beliau menolak Ghaddar. Emosi tak boleh nak kawal sebab dah kena tibai 5-0 ke?Sebagai KAPTEN, beliau seharusnya menunjukkan sikap yang baik.Bukannya mengajak rakan sepasukan bermain dengan KASAR setelah ketinggalan 5-0. Lagi satu, Ghaddar tahu ke ibu beliau baru lepas operate? Ada bukti jelas rakaman ke Ghaddar maki mak dia? Apa yang Ghaddar cakap? Boleh beliau ceritakan terperinci?
Beliau seharusnya memaafkan diri sendiri di atas kebodohannya mengasari Ghaddar. Bukannya mengeluarkan kenyataan saya takkan maafkan Ghaddar. Beliau seharusnya meminta maaf daripada Ghaddar terlebih dahulu sebelum mengharapkan Ghaddar mintak maaf darinya.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012