0 KHAIRUL FAHMI JADI PAK GUARD?

apek jadi pak guard
Tidak perlu diragukan lagi, kini Khairul Fahmi Che Mat seorang selebriti dan kisah beliau sering jadi buruan media. Dulu Khairul Fahmi atau Apek memberitahu tidak mahu menceburkan diri dalam bidang lakonan sepenuh masa, tetapi beliau tidak menolak untuk berlakon dalam iklan TV.

Terbaru, Apek melakonkan watak pengawal keselamatan warga asing Nepal untuk drama pendek yang telah pun dimuat naik ke laman Youtube. Sungguhpun Apek sebelum ini pernah muncul dalam muzik video penyanyi Andi A Merican, watak yang diberikannya dalam cerita ini lebih mencabar kerana Apex perlu banyak bermain dengan riak wajah dan emosi.

Malah, Apek juga perlu melafazkan skrip dalam dialog warganegara Nepal. Menerusi drama pendek berkenaan, Apek memainkan peranan sebagai pelakon utama dan berlakon bersama penyampai radio popular, Fabes Fly FM.

Disamping Fabes, Zain Saidin turut sama membuat penampilan istimewa bersama seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli. Difahamkan, drama pendek berjudul Semua Boleh Bolt itu mempunyai empat siri yang mana siri pertama sudah pun disiarkan sejak semalam.
Video drama pendek selepas ini dan nilai lah sendiri lakonan Apex. Boleh tahan dan kelakar.





Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012