0 Christiano Ronaldo bakal berpindah ke Manchester City dengan GBP95 juta (RM470 juta)?




KUALA LUMPUR, (D5) - Pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo menafikan khabar angin bahawa dia mungkin meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Manchester City.
Penyerang Portugis itu mendedahkan kesedihannya di Bernabeu kepada umum dengan tidak meraikan jaringannya menentang Granada sewaktu menang 3-0 minggu lepas. Dia kemudian memberitahu pihak media bahawa tindakannya adalah kerana dia "sedih dan pihak kelab tahu mengapa."
Ronaldo bagaimanapun komited kepada Real tetapi khabar angin tidak berhenti meniup kencang.
Kelab mewah, Manchester City dikatakan sedar dengan keadaan Ronaldo dan akhbar Daily Star melaporkan Roberto Mancini sedang menyediakan bidaan rekod dunia sebanyak GBP95 juta (RM470 juta) untuk Ronaldo.
Tetapi akhbar UK, The Sun melaporkan bahawa Ronaldo tidak akan sesekali menyertai City selagi Alex Ferguson mengendali bekas kelabnya, Manchester United.
Menurut The Sun, sumber terdekat Ronaldo berkata: Cristiano sangat rapat dengan Alex Ferguson sehingga kini mereka masih berhubung. Cristiano tidak boleh mengambil risiko dengan mudah menyakiti hati Ferguson dengan menyertai kelab musuh terdekat itu.
Ronaldo sendiri menganggap Ferguson sebagai figura bapa.
"Sewaktu saya tiba di United saya berusia 18 tahun dan Sir Alex seperti seorang ayah kepada saya. Dia mengajar saya banyak perkara.
"Saya bekerja dengan beliau selama enam tahun dan dia seorang insan yang baik, jurulatih yang bagus. Sir Alex dan Jose Mourinho adalah dua jurulatih terbaik di dunia."

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012