0 Wajah Sebenar Laksamana Hang Tuah?




Gambar Laksamana Hang Tuah dari kurun yang ke-15 kini dicetak di atas setem eksklusif keluaran Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad) yang dikatakan mempunyai 99% persamaan dengan wajah sebenar Laksamana Hang Tuah.
Menurut sumber, gambar Hang Tuah adalah satu koleksi peribadi dari seorang ahli bersekutu Pesawad yang bersetuu untuk berkongsi dan mendedah wajah sebenar Laksamana Hang Tuah.
Setem Hang Tuah kini boleh didapati selepas Pejabat Pos Malaysia meluluskan permohonan untuk mengeluarkan setem eksklusif oleh Pesawad seminggu sebelum Ramadan lalu yang mengandungi 10 keping setem dijual dengan harga 60 sen setiap satu, tidak dijual di Pejabat Pos dan Pesawad adalah satu-satunya pihak  diberi kebenaran untuk menjual setem tersebut.
Setem ini boleh didapati dengan menghubungi Ahli Jawatankuasa Pesawad menerusi talian 012-915 1187 atau 013-309 8210 dan belian perlu dibayar melalui kiriman wang.
Pesawad turut mengatakan, potret lukisan Hang Tuah itu dilukis pada tahun 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012