0 Rahsia pergerakan anggota badan!..



Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat.Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui.Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yang lalu.Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat.Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita.Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.


Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan.

Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh.

Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh.

Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan.

Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira dihati

Umbun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

Bibir bawah bergerak = akan menangis.

Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik.

Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan.

Telinga bergerakakan = berkelahi

Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran.

Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

Bahu kiri bergerah-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala.

Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata.

Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia.

Wallahu A'lam..
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012