ads

loading...

Ayat Ayat Romantik Terlampau Untuk Suami.. (isteri boleh praktikan)






1. SEWAKTU MENGEJUT SUAMI DARI TIDUR
Wahai kanda ku sayang manja comel buah hati pengarang jantung semerbak mawar indah angkasa bagai bulan dipagar bintang..bukalah matamu yg indah itu kasihku seorang...

2. SEWAKTU MENGAJAK SUAMI MAKAN
Wahai tongkat ali jiwaku sebatang kau seorang sahaja didalam hati yg gersang mendambakan cinta suci padamu tulus ikhlas tiada wasangka walau sebesar zarah tidak ada..mari kita bersantap wahai kanda..

3. UCAPAN SEBELUM MEMULAKAN PERBUALANSayangku kasihku intanku permataku jantungku hatiku organ-organ dalam yg penting bagiku semua itu engkau bagi aku..nyawaku. ...

4. UCAPAN SEBELUM TIDUR sayaaang.... nak itu.. (tunjuk "kat situ" dengan menggunakan muncung bibir


p/s:hanya sekadar hiburan

GAMBAR PERHIMPUNAN TURUN:POLIS DAN DBKL BANJIRI DATARAN MERDEKA!

7.00 PM:


Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pihak Berkuasa Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) mula membanjiri sekitar kawasan Dataran Merdeka. - Foto Sinar Harian




MANAKALA

Lebih 200 peserta himpunan menunaikan solat secara berjemaah dihadapan SOGO.
 Apapu, cuma nak ingatkan agar berhati-hati dan jaga diri. Moga Allah merahmati dan melindungi kalian jika benar asbabnya.


















sumber:FACEBOOK



Jangan Pandang Belakang Lagi

Barang yang lepas usah dikenang. Berikan diri anda peluang untuk hidup bahagia kini dan masa depan dengan:

Buat perubahan pada imej anda.
Bila anda dimarahi jangan bersedih, berdendam. Ubah imej kendiri anda supaya orang lain lebih selesa dengan anda. Jika sebelum ini anda selalu lewat maka berusahalah untuk datang lebih awal.

Dekatkan diri dengan Tuhan.
Belajar ilmu agama. Mantapkan spiritual anda. Barulah hati menjadi tenang. Hidayah pun mudah masuk.

Berkawan dengan mereka yang optimis.
Jangan cari kawan yang boleh menjatuhkan anda dan yang mengajak anda buat perkara-perkara yang mengarut. Cari kawan yang ingin membantu anda, yang mempunyai visi dan misi untuk berjaya dan bahagia dalam hidup. Kalau boleh, berkawanlah dengan mereka yang mempunyai impian yang sama dengan anda.

Tambah ilmu dan kemahiran.
Banyakkan membaca buku terutamanya buku-buku motivasi dan pembangunan diri serta yang dapat memperbaiki kemahiran sosial anda.

Tetapkan matlamat.
Hidup perlu ada matlamat. Jika anda ingin membuat perubahan sekalipun, anda perlu tahu perubahan yang anda inginkan. Matlamat perubahan perlu ada.

Optimisitik.
Bersangka baik dan berfikir positif. Apa yang sering anda fikirkan, itulah yang anda akan dapat. Jadi, fikirkanlah yang baik-baik,dan jangan sekali-kali memandang rendah pada diri sendiri. Setiap orang diciptakan dengan potensi dan kehebatan yang berbeza-beza.

Jodoh itu rahsia Allah.








Sekuat mana kita setia, 
selama mana kita menunggu, 
sekeras mana kita bersabar, 
sejujur mana kita menerima kekasih kita, 
tapi kalau Allah tidak menulis dia sebagai jodoh kita, 
berfikirlah secara positif dan terimalah dengan redha :')







Cara untuk mempercepatkan pembakaran lemak di dalam badan anda


Tahukah anda cara untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan anda?



Jawapannya ialah...... MINUM BANYAK AIR!!!

1) Air meningkatkan kekuatan dan performa anda ketika di gym.

Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada ditahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan hanya pengurangan 3-4% air didalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot didalam badan.

2)Air membantu mengelakkan kecederaan.

Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan stress dibahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina "cushion" perlindungan disekeliling sendi anda.

3) Air membantu penghadaman.

Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Bagi memastikan badan anda benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, anda perlu memastikan pengambilan air didalam badan sentiasa mencukupi. Namun perlu diingat pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut anda tidak terlalu penuh.

4) Air meningkatkan pembakaran lemak.

Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan didalam badan melalui urine. Apabila pengambilan air adalah sedikit, bahan kumuhan ini akan terkumpul didalam badan dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh menganggu hati anda untuk membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan didalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.

5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.

Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih banyak air atas sebab 'survival'. Air yang disimpan biasanya akan disimpan diperut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam badan.

Jadi berapa banyak airkah yang perlu diambil sehari?

Secara amnya, darab berat badan anda di dalam pound (Lb) dan gandakan dengan 1.6. Hasilnya ialah jumlah ounce(Oz) air yang perlu anda ambil sehari. (1kg = 2.2 lb, 1 Oz = 0.03 Liters)

Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama anda mungkin akan perlu ketandas dengan kerap kerana badan anda sedang membuang simpanan air berlebihan didalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.

Ingat jangan hanya minum apabila anda sudahpun berasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku di dalam badan !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...