0 Jangan Pandang Belakang Lagi

Barang yang lepas usah dikenang. Berikan diri anda peluang untuk hidup bahagia kini dan masa depan dengan:

Buat perubahan pada imej anda.
Bila anda dimarahi jangan bersedih, berdendam. Ubah imej kendiri anda supaya orang lain lebih selesa dengan anda. Jika sebelum ini anda selalu lewat maka berusahalah untuk datang lebih awal.

Dekatkan diri dengan Tuhan.
Belajar ilmu agama. Mantapkan spiritual anda. Barulah hati menjadi tenang. Hidayah pun mudah masuk.

Berkawan dengan mereka yang optimis.
Jangan cari kawan yang boleh menjatuhkan anda dan yang mengajak anda buat perkara-perkara yang mengarut. Cari kawan yang ingin membantu anda, yang mempunyai visi dan misi untuk berjaya dan bahagia dalam hidup. Kalau boleh, berkawanlah dengan mereka yang mempunyai impian yang sama dengan anda.

Tambah ilmu dan kemahiran.
Banyakkan membaca buku terutamanya buku-buku motivasi dan pembangunan diri serta yang dapat memperbaiki kemahiran sosial anda.

Tetapkan matlamat.
Hidup perlu ada matlamat. Jika anda ingin membuat perubahan sekalipun, anda perlu tahu perubahan yang anda inginkan. Matlamat perubahan perlu ada.

Optimisitik.
Bersangka baik dan berfikir positif. Apa yang sering anda fikirkan, itulah yang anda akan dapat. Jadi, fikirkanlah yang baik-baik,dan jangan sekali-kali memandang rendah pada diri sendiri. Setiap orang diciptakan dengan potensi dan kehebatan yang berbeza-beza.


Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012