0 5 TIPS BERHADAPAN LELAKI PANAS BARAN

Memiliki atau mengenali jejaka yang panas baran atau mudah marah memang menakutkan buat semua gadis, namun bila hati dah suka dan sudah sayang segalanya boleh di lupakan sekelip mata. Sungguh pun begitu, sifat barannya tidak mungkin akan hilang dengan serta-merta. Kita harus bijak mengatur strategi dan tahu bagaimana berdepan dengan jejaka seperti ini!
Macam aku sendiri, suami aku seorang yang tersangat very hot-temper. Memang mudah menggelegak. Kadang dia macam perempuan. 5 minit yang lepas dia tengah gelak, dan sekarang dia sedang marah. Hormon tidak stabil bukan?
Walaupun dia panas baran, tapi dia tersangatlah kelakar orangnya. Pandai melawak. Dan sebab tu aku suka dia. Dari zaman bercinta lagi aku boleh terima keburukan dia yang mudah panas baran tu. Lagi pulak aku sebagai jodohnya yang telah disiapkan oleh Allah dengan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Haha.
Jadi, ayuh ketahui 5 cara deal dengan lelaki yang panas baran dan mudah melenting.
1)    BERBICARA DENGAN LEMBUT
Ada sesetengah orang berpendapat berdiam diri tanpa mengeluarkan kata-kata adalah jalan terbaik untuk selesaikan masalah. Ternyata itu semua hanya mitos sahaja! Cara terbaik adalah cuba bawa berbincang dan jangan lupa gunakan segala kelembutan dan kemanjaan yang kamu ada. Lelaki seperti ini biasanya mudah lentur dengan kelembutan seorang wanita.
2)    MENGALAH SAHAJA
Tidak kisah salah siapa, adakalanya kamu harus mengalah dan tidak perlu berlumba dengannya untuk menang. Selalunya individu seperti ini mempunyai daya saing yang tinggi. Jika dia rasa tercabar dia mungkin akan berang dan sukar terima keadaan. Jadi sebagai langkah selamat biarkan sahaja si dia dengan caranya itu tak usah pertikaikan lagi.
3)    JANGAN MENGUNGKIT
Sungguh pun mereka agak kasar, tetapi lelaki seperti ini selalunya sangat sensitif! Jangan tak percaya, mereka paling ‘tersentuh’ jika kamu bercerita dan mengungkit segala kenangan lalu. Keadaan sebegini akan mengeruhkan lagi keadaan. Cuba elakkan diri dari mengungkit segalanya ya!
4)    SEDIA MEMINTA MAAF
Bila berdepan dengan individu seperti ini adakalanya kamu harus siap sedia untuk menyerah kalah dan meminta maaf. Sungguhpun bukan salah kamu, perkataan “maaf” mampu membuatkan hatinya reda dan akhirnya tenang kembali.
5)    TIDAK PERLU BERDEBAT
Jangan di panjangkan cerita. Jika itu jawapannya YA kan sahaja. Tak perlu berdebat dengan individu seperti ini. Mereka sukar menerima kekalahan.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012