0 10 Tanda Tanda Keguguran di Awal Kehamilan


Tanda tanda keguguran

Keguguran adalah kebimbangan yang selalu dialami oleh para ibu ketika hamil. Di tambah dengan rasa sakit, stress bahkan trauma menghantui para ibu yang keguguran.

Apa penyebab keguguran?

Apakah penyebabnya? Menurut Kementerian Kesihatan, banyak faktor boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai (multifactorial) dan bertindih.
Antaranya adalah:
1. Masalah genetik
30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik. Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin. Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab keguguran.

2. Masalah penyakit  si ibu
Seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)
Keguguran berlaku apabila janin terkeluar lebih awal sebelum mampu untuk hidup. Risiko keguguran mencapai peratus sebanyak 15% – 40% dari ibu hamil dan 60%-75% keguguran terjadi sebelum usia kehamilan 3 bulan. Namun jumlah terjadinya risiko keguguran akan menurun pada usia kehamilan 3 bulan ke atas.

Tanda tanda keguguran yang ibu hamil perlu tahu

Tiada tanda-tanda keguguran yang pasti dan sahih, namun berikut adalah tanda tanda keguguran sering kali terjadi kepada para ibu:

1. Sakit

Tanda tanda keguguran yang pertama ialah apabila rasa sakit dan tidak selesa.
Anda mungkin mengalami kekejangan pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi. Kekejangan yang kuat boleh menjadi satu tanda keguguran.

2. Pendarahan

Pendarahan faraj yang mungkin bertompok-tompok atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekala. Pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, tetapi ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal.

3. Kehilangan tanda kehamilan

Jika badan anda terasa kembali kepada normal dimana tanda kehamilan seperti mabuk hamil, keletihan, sakit belakang telah hilang. Ia kemungkinan tahap hormon telah jatuh dimana hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.

4. Ketiadaan denyutan jantung bayi

Kena selalu aware dengan denyutan jantung bayi. Ini ada tanda tanda keguguran yang perlu diambil berat.
Denyutan jantung bayi biasanya boleh dikesan melalui ultrasound scan. Jika denyutan jantung bayi tidak boleh dikesan, ia mungkin menjadi satu tanda bahawa bayi telah mati dan tidak berkembang.

5. Tiada pergerakan janin

Ini antara tanda tanda keguguran yang penting. Anda harus sentiasa memerhati corak pergerakan bayi anda sepanjang hari dimana bayi anda mempunyai tempoh waktu tidur, kadang-kadang ia berkekalan selama 4 jam.
Walaubagaimanapun, tempoh ini tidak boleh melebihi 4 jam. Jumpalah doktor anda sekiranya anda tidak boleh merasa atau kurang pergerakan bayi. Pergerakan bayi hanya boleh dirasa dalam antara minggu ke-18 dan minggu ke 24.

6. Sakit belakang

Kadang-kadang, ibu hamil akan berasa kekejangan sakit belakang dan ketidakselesaan. Akan tetapi kesakitan yang tajam dan kerap mungkin merupakan kontraksi dan isyarat awal tanda keguguran.

7. Ujian positif kemudian bertukar kepada negatif

Jika ujian diambil pada dua pagi berturut-turut dimana hari pertama mendapat ujian positif dan kembali kepada negatif pada hari kedua, ia bukan sahaja menjadi tanda keguguran, ia mungkin juga menjadi tanda kehamilan luar rahim, ektopik.

8. Lelehan faraj

Jika darah ketulan dan tisu seperti daging keluar dari faraj, kemungkinan besar keguguran sudahpun terjadi.

9. Serviks terbuka

Dalam kehamilan yang sihat dan normal, serviks biasanya kekal ditutup rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi. Jika serviks anda terbuka dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan, risiko untuk mengalami keguguran adalah agak tinggi.

10. Paras hormon hCG jatuh

Tanda tanda keguguran yang terakhirialah apabila paras hormon hCG jatuh. Badan perlu mengekalkan tahap hormon untuk mengekalkan kehamilan. Jika tahap hCG jatuh pada awal kehamilan, risiko keguguran adalah sangat tinggi.

Akhir kata

Tanda tanda keguguran
Foto Kredit: www.bbc.com
Walau bagaimanapun, segalanya adalah ketentuan Allah SWT. Pihak ibu haruslah berjumpa dengan doktor andaikata mengalami tanda-tanda seperti ini. Diharapkan informasi tentang tanda-tanda keguguran ini dapat membantu para ibu mengelakkan keguguran.
Akhir kata, banyakkan berdoa pada Allah SWT semoga dapat dipermudahkan proses kelahiran dan bayi dapat dilahirkan dengan selamat. Wallahualam.

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012