ads

loading...

Perhatian!! Sila Baca Ini Dulu Jika Nak Kahwin Dengan Orang Kelantan



Sebenarnya bukan aku post ni disebabkan aku orang kelantan, tapi sekadar berkongsi maklumat buat siapa-siapa yang nak cari jodoh dengan orang Kelantan

Mungkin istilah ”tidak ada adat“, ”tiada beradat” , ”tidak mementingkan adat“, ”tidak mengikut adat“, atau seumpamanya itu kurang tepat kerana bagi orang Kelantan, adat itu memang ada dan diutamakan dan yang dikatakan adat itu adalah apa yang telah ditetapkan oleh syarak, baik Al Quran mahupun As Sunnah.

Bak kata orang Minang:

“Adat basandi syarak, syarak basandi kitabullah, syarak mangato adat mamakai”

Ungkapan di atas dikatakan muncul setelah berlakunya krisis pada awal abad ke-19 antara kem tradisionalis Minang yang berpegang erat kepada Hukum Adat khususnya Adat Perpatih dan lain-lain amalan pra-Islamik, dengan kem Tuanku Imam Bonjol,seorang reformis Minang yang mahukan Hukum Islam diletakkan mendahului Hukum Adat di bumi Minang. Apa yang ironik, perselisihan ini berakhir dengan kejatuhan kuasa politik Orang Minang ke tangan Belanda. Satu kisah sejarah yang cukup memberikan pengajaran dan wajar dijadikan renungan bersama.

Dari ungkapan di atas maka lahir pula:

“Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat “

Kini menjadi bahan sindiran sinis, kalau mati anak, siapa yang nak bawa adat? oleh ramai pihak, seperti yang saya pernah dengar dari satu lagi yang dibawa oleh Tan Sri S.M. Salim

Oleh yang demikian, dalam hal nikah kahwin pun, Orghae Kelaté sebenarnya sangat mengikut adat, tetapi setakat mana yang disyarakkan oleh Islam sahaja. Mana yang tidak, akan dinyahkan (contoh yang paling jelas adalah Adat Bersanding/Menepung Tawar yang telah dilenyapkan oleh orang Kelantan kerana dikatakan tidak Islamik dan meniru amalan pra-Islamik i.e. Hindu)

Mudah kata, apa yang diungkapkan orang Minang, sebenarnya telah dikotakan oleh orang Kelantan.

Baiklah, yang berikut adalah apa yang saya dapat kumpulkan berkenaan adat nikah kahwin di Kelantan.

Dipersilakan beri maklum balas atau teguran jika apa yang saya faham di sini adalah tidak tepat atau perlukan huraian / penjelasan lebih lanjut :

Adat sebelum nikah :

1) Merisik

Dikatakan tidak berbeza dengan apa yang diamalkan di negeri-negeri lain.

Wakil keluarga si lelaki atau pihak ketiga yang ‘ ditugaskan ‘ oleh pihak lelaki, akan mengadakan lawatan ke rumah keluarga si perempuan.

Sekiranya ”line clear“, adakalanya pihak lelaki akan menghadiahkan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda ”pre-booking”

Seterusnya, acara meminang (booking) akan menyusul.

2) Meminang (Bertunang)

Biasanya orang Kelantan tidak menekankan pertunangan. Kebiasanya mereka ini akan terus berkahwin ataupun bertunang hari ini, esok kahwin. Sebab tak baik simpan lama-lama

Tetapi bukan bermakna tiada atau ianya sesuatu yang asing. Bahkan sekarang, saya lihat makin ramai yang nak bertunang dahulu, malah semakin gah, lengkap dengan hiasan ala ala pelamin.

Yang pasti, majoriti majlis pertunangan di Kelantan adalah biasa-biasa sahaja, dan yang boleh dikatakan noteworthy adalah pada hadiah pertunangan di mana orang Kelantan lebih mengutamakan barangan berbanding pemberian makanan yang diamalkan di sesetengah negeri-negeri lain khususnya di sebelah Utara.

3) Pernikahan

Bagi orang Kelantan, hantaran akan diangkat dalam akad nikah bersekali dengan mas kahwin yang telah ditetapkan nilainya mengikut negeri.

Hantaran bagi orang Kelantan adalah hak milik si pengantin perempuan dan tidak boleh disentuh sama sekali sebagai “Belanja Kahwin” melainkan mendapat persetujuan si pengantin perempuan.

Pendek kata, ”belanja kahwin” lain cerita.

Adat selepas nikah :

Adalah menjadi kebiasaan di Kelantan, bagi perbelanjaan baekwoh (belanja kahwin) di pihak pengantin perempuan tidak ditanggung sepenuhnya (atau kesemuanya) oleh pihak pengantin lelaki.

Tiada ketetapan seperti yang biasa diamalkan di luar Kelantan di mana pihak lelaki semestinya menanggung kenduri di sebelah pengantin perempuan tetapi sebaliknya tidak berlaku bagi kenduri sebelah pengantin lelaki.Sebaliknya ”Belanja Kahwin: di Kelantan di ”cover” dengan tatacara berikut :

1) Mengaellae / Ngaellae

Tetamu datang dengan membawa duit hadiah atau duit ngaellae, kata orang Kelantan) dengan menghulurkan terus kepada ibu atau bapa pengantin.

Jumlah yang rasmi tidak ditetapkan tetapi pemberian antara RM10 sehingga RM50 adalah paling biasa diamalkan. Bawah daripada jumlah biasa tersebut, biasanya orang malu nak hulur atau tak akan hulur.

Niat ngaellae ini dapat diketahui dengan terang dan jelas melalui perkataan “Walimatul Urus” atau “Majlis Perkahwinan” pada kad jemputan.

2) Ngaellae Baessae

Bisan saling memberikan duit belanja kahwin berdasarkan jumlah kepala tetamu yang pihak masing-masing ingin jemput.

Contohnya, majlis kahwin diadakan di pihak lelaki, ibu bapa pihak perempuan mahu menjemput 100 orang dari kalangan kenalannya ke majlis pihak lelaki itu, atas kos RM15 sekepala. Maka, dia akan beri RM1,500 belanja kahwin kepada pihak lelaki atas nama ngellae baessae.

Dalam erti kata mudah, masing-masing saling menanggung kos majlis kahwin di kedua-dua belah pihak.

3) Majlis Kesyukuran

Tetamu dijemput datang untuk dijamu dan diraikan sahaja.

Duit ngaellae tidak diharapkan bahkan adakalanya menjadi ”taboo” jika dihulur. Sekiranya terhulur juga, tuan rumah akan menolak dengan sopan, dengan ayat seperti,

Tiada ketetapan siapa yang perlu menanggung kos majlis. Biasanya ditanggung oleh ibu bapa (jika kaya raya) atau pengantin atau kedua-dua, hanya di pihak yang ingin mengadakan majlis. Mudah kata, pihak lelaki tanggung sendiri majlis di pihak lelaki, dan begitulah sebaliknya di pihak perempuan (jika dia mahu adakan kesyukuran dan bukan ngaellae).

Namun demikian, adalah sopan jika tetamu datang dengan membawa hadiah berupa barangan kepada pengantin dan bukannya berlenggang dengan tangan kosong. Kalau di kampung-kampung, adalah menjadi kebiasaan untuk menghadiahkan gula, susu pekat manis atau beras segantang.

Niat ”kesyukuran” ini dapat dibaca dari perkataan ”Majlis Kesyukuran” yang tertera pada kad jemputan.

Saya dapati trend Majlis Kesyukuran semakin popular di Kelantan pada masa sekarang, tidak kira di pihak lelaki mahupun perempuan.

4) Ngennar

Terbitan dari perkataan ”memperkenal“.

Keluarga pengantin akan mengumumkan, semasa majlis kenduri berlangsung, kepada sekalian tetamu untuk masuk bertemu, bersua muka dan berkenalan dengan pengantin.

Semasa masing-masing bersalam dengan pengantin, sampul berisi wang akan diselitkan ke tangan pengantin, dan wang tersebut adalah bagi maksud perbelanjaan kenduri kahwin berkenaan dan biasanya bukan bagi simpanan peribadi pengantin.

Kesimpulan
Adat perkahwinan orang Kelantan boleh disimpulkan :

1) Demi memudahkan

Mengutamakan kelancaran proses nikah kahwin itu sendiri dengan niat bagi memudahkan dan menggalakkan orang bernikah kahwin selain turut bertujuan menjaga hubungan antara pihak keluarga lelaki dan pihak keluarga perempuan.

2) Bukan untuk dijual

Tidak mahu mewujudkan sangkaan ”jual mahal” atau ”jual anak“. Bagi orang Kelantan, kedua-dua pihak dilihat perlu saling berkorban, yakni saling rugi dan saling untung, demi ‘mendirikan masjid‘.

3) ”Awae, carghi orghae Kelate lah!“

Peningkatan orang Kelantan yang berkahwin dengan orang luar menyebabkan berlakunya pertembungan budaya yang tidak kurang malah sering juga mencetuskan keresahan di pihak Orghae Kelaté, khususnya bagi kaum lelaki, sehingga menyebabkan ayat berikut menjadi semakin popular di kalangan ibu bapa di Kelantan pada masa kini.

Diulangi, apa yang saya nyatakan di sini hanyalah dari tinjauan, pemantauan dan temubual sendiri sahaja.

Sumber : Kai-epy-serizawa

VIDEO : Ucapan Lee Kwang Soo Buat Song Ji Hyo & Netizen Sebak



Seperti yang semua sudah tahu, rancangan popular Running Man akan berakhir pada tahun hadapan dan semestinya ia merupakan berita sedih buat peminat setia Running Man.
Baru-baru ini, Lee Kwang Soo menerima anugerah pencapaian terbaik pada Anugerah Hiburan SBS 2016.
Apa yang menjadi perhatian ialah ucapan Lee Kwang Soo yang membuatkan ahli Running Man yang lain rasa sedih dan sebak.

Song Ji Hyo ternyata tidak dapat menahan air matanya.
Rata-rata peminat Running Man juga meluahkan perasaan sedih mereka di media sosial dengan ucapan yang menyentuh hati dari si Zirafah ataupun Lee Kwang Soo.
“Saya tidak tahu macam mana nak bagi ucapan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua krew Running Man yang bekerja keras untuk menjayakan rancangan tersebut.
“Suk Jin banyak mengajar saya erti kehidupan, Jea Suk banyak membantu saya hingga ke hari ini, Jong Kook banyak membantu saya dari segi mental, Haha dah macam keluarga saya, Ji Hyo, Gary dan Joong Ki. Saya sayangkan anda semua.”

TIPS : Pentingnya Hormat Pada Suami Apabila Berkahwin



Perempuan perlukan kasih sayang. Lelaki perlukan hormat. Nampak mudah, tapi sebenarnya agak rumit.
Lelaki ada keperluan untuk dihormati yang sangat kuat hingga bila mereka dihormati, hati mereka akan jadi seakan-akan pokok yang sudah cukup disiram. Sebaliknya bila mereka rasa tak dihormati, mereka akan rasa sedih dan seperti dibenci.
Ramai perempuan hari ini yang menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memastikan rumah mereka bersih, anak-anak mereka sihat dan penuhi pelbagai lagi tugas lain. Tapi bila mereka lupa untuk menunjukkan rasa hormat pada suami, si suami akan nampak seperti tak menghargai segala pengorbanan si isteri. Pernah rasa?
Walaupun lelaki selalu nampak tidak emosional atau ekspresif, tetapi sebagai pasangan hidup mereka, perempuan tetap perlu peka terhadap perasaan mereka. Hati mereka tetap boleh terluka dan lebih susah untuk dipujuk.
Beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk tunjukkan rasa hormat;
1. Sentiasa bercakap dengan lemah lembut, tak kira berapa lama anda berdua dah berkahwin. Kalau anda boleh bercakap lembut dengan kawan-kawan anda, anda mesti boleh lebih lembut lagi dengan suami sendiri.
2. Jangan sekali-kali menjerit, memanggilnya dengan kasar atau gunakan kata-kata kesat.
3. Jangan sindir dia tentang isu-isu sensitive. Kalau dia ada kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia bahan ketawa. Walaupun dia tak marah, boleh jadi dia pendamkan rasa kecil hatinya.
4. Dengar pendapatnya dan hormati permintaanya. InshaAllah anda akan diberi ganjaran di dunia dalam bentuk rumahtangga yang bahagia dan pahala untuk di Akhirat kelak.
5. Jangan berlawan dengannya untuk tunjuk siapa yang lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu banyak mengarah dan agresif, lelaki akan jadi lebih keras dan berkira. Bila anda tunjukkan yang anda hormati tugasnya sebagai ketua keluarga, dia akan lebih mudah untuk tunaikan permintaan anda.
6. Tunjukkan kasih sayang dan rasa hormat pada keluarganya. Sekali sekala ajak mereka datang ke rumah atau keluar bersama-sama.
7. Terima bahawa kadang-kadang dia juga perlukan masa untuk diri sendiri atau hilangkan stress dengan kawan-kawan. Jangan halang, cuma pastikan senyuman anda sentiasa menanti bila dia pulang.
8. Tanya pendapat dia bila membuat keputusan penting dan hargai apa saja yang dia katakan.
Sumber : Bercintaselepasnikah.my

SAYU : KEPALA BERKECAI DIGILIS LORI 10 TAYAR..REMAJA BERGELAR HAJI INI MAUT DENGAN TRAGIS ( 6GAMBAR)







Kuala Lumpur : Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditunggang nya terlibat dalam kemalangan di Lebuh raya LDP pagi tadi.

Mangsa yang dikenali dengan nama Mohamad Soleh Zulkepli 18 tahun maut ditempat kejadian, mangsa yang dikatakan mengelak sebuah kereta lalu bergesel dengan lori 10 tayar dan digilis dua kali di bahagian kepala oleh lori terbabit.


Mengikut sumber mangsa dalam perjalanan ketempat kerja nya di Myeg, mengikut sumber lagi mangsa seorang yang sangat baik dan mempunyai akhlak yang mulia, beliau pernah menunaikan haji semasa berusia 13 tahun dan dikenali dengan panggilan haji di kalangan rakan-rakan.

Video Atikah Suhaime



Video lucah dan gambar bogel atikah suhaime tersebar ?
Memang dah kecoh dah media sosial yang konon video lucah atikah suhaime berserta gambar bogel dia tersebar, sampaikan atikah suhaimi nak ambik tindakan undang-undang pasal penyebaran video yang dikatakan fitnah tersebut
Aku pun cuba gak gatal gatal tangan nak cari google sana sini,adakah benar wujud video lucah tersebut, namun gagal banyak laman web menggunakan keyword video lucah atikah suhaime dan gambar bogel atikah suhaime
Kebiasaan kalau dah tersebar isu panas macam ni memang berebut rebut para peminat yang google nak cari al maklumlah nak tengok rupa sebenar tubuh artis kesayangan mereka yang selama ini bertutup
Satu jer nasihat aku, tak payah lah korang nak sibuk nak download video lucah atikah suhaime tu ,takde faedah pun, banyak laman web yang ishak hasimi jumpa mengandungi virus, dari komputer korang diserang virus.Takde faedah kita cari dan download aib orang, betul atau tidak video lucah tu atikah suhaime punya itu ,kita tak payah sibuk
Yang penting kalau kita hentikan hal itu,maka automatik akan tertutup aib dia dan terhenti fitnah,kalau kita jaga aib orang, maka allah akan jaga aib kita juga..
So faham faham jer lah ok
Sekian..

Al-Fatihah : Anak dan Bapa Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad



KUANTAN, 25 Sep: Dua beranak yang terkorban ketika menonton perlumbaan EIMARace di Indera Mahkota dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi di sini kira-kira jam 11.10 malam tadi.

Sebelum itu, solat jenazah untuk Allahyarham Izwan Isa, 38, dan anak perempuannya, Nur Zulaikha, 5, diadakan di masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota yang dihadiri lebih 600 orang termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, rakan dan saudara mara  mangsa.

BH Online melaporkan, mangsa yan bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Gebeng meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Isteri mangsa, Siti Suhaiza Seman, 38, cedera ringan manakala anak lelaki sulung pasangn itu, Muhammad Izz Danial Izwan, 7, masih kritikal dan dirawat di hospital HTTA.

Sumber : BH Online

AL-FATIHAH : Adik Ummul Najwa Nasuha Hembus Nafas Terakhir 2.40 Pagi Tadi



Ummul Najwa Nasuha Mohd Zulkifli, 4, yang menghidapi kanser rongga hidung telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.40 pagi tadi.

Kisah adik Najwa ini pernah kami muatnaik ke laman Facebook Siakap Keli bagi memohon bantuan orang ramai beriktan kesusahan yang membelenggu keluarga ini untuk mendapatkan rawatan untuknya.

Pos Terdahulu SINI

Anak tunggal suami isteri, Mohd Zulkifli Che Noh, 27, dan Siti Nor Fatihah Mohd, 22, ini telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Mohd Zulkifli berkata, Ummu Najwa Nasuha sebelum itu dimasukkan ke hospital kerana sukar untuk makan dan minum dengan sempurna.

"Dua bulan dia menderita kanser, dan awal pagi tadi Ummu Najwa Nasuha pergi dengan tenang. Kami sekeluarga reda.

"Jenazahnya akan disembahyangkan di rumah di Kampung Apa-Apa, Pasir Mas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chat, Gelang Mas, Pasir Mas selepas Zohor," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Ummul Najwa Nasuha menghidap kanser rongga hidung atau Naso-Pharyngeal Carcinoma selepas seminggu umat Islam menyambut Aidilfitiri, Julai lalu.

Sejak itu, kanak-kanak malang terbabit hanya terlantar di rumahnya dan mendapatkan rawatan alternatif selepas diberitahu peluang untuk hidup tinggal 50-50 jika menjalani pembedahan. 

Gambar ultrabunyi bayi viral sebab ada benda pelik sebelah fetus



Gambar ultrabunyi bayi jadi viral sebab ada benda pelik sebelah fetus tersebut | 
Sekeping gambar ultrabunyi bayi tersebar luas di internet selepas satu bentuk pelik dapat dilihat berada di sebelah fetus terbabit.Daily Mirror melaporkan, imej pelik tersebut disiarkan di laman web perkongsian gambar, imgur di bawah tajuk “Ultrabunyi seorang kawan. Apabila anda melihatnya …’’ Gambar itu yang disiarkan semalam telah disaksikan lebih 500,000 kali oleh pengguna media sosial.
Apabila anda melihat buat pertama kali, imej tersebut kelihatan seperti gambar fetus berada dalam kandungan ibunya. Bagaimanapun, apabila anda melihat ke kanan imej itu, anda akan melihat satu bentuk yang agak mencurigakan. Satu imej tidak jelas yang kelihatan seperti bentuk seorang wanita dapat dilihat oleh pengguna media sosial. Pelbagai pendapat diluahkan oleh pengguna media sosial dengan paling popular adalah ‘imej tersebut adalah Dewi Hindu, seekor ikan duyung atau hantu’.
Seorang pengguna media sosial berkata: “Adakah anda dapat lihat hantu di kanan gambar itu?” Bagaimanapun, seorang lagi pengguna media sosial membalas: “Dewi Hindu berada di sisi kanan imej itu.” Seorang lagi pengguna berkata: “Saya melihat seekor ikan duyung yang baik. Orang lain melihat hantu. Kita semua orang pelik.”

Kak Ija Yakin Allah Sayang Safiey Sangat-Sangat," Luah Heliza Helmi Mengenai Safiey





Jika sebelum ini Dai' Wan telah tampil membuat luahan pujukan selepas khabar berita mengejutkan Safiey Ilias yang kembali berubah melawan fitrah, kini giliran Heliza Helmi pula membuat luahan.

Heliza Helmi melalui laman Facebooknya semalam telah menurunkan satu pos yang panjang mengajak agar Safiey tidak terjerumus kembali dalam dunia lamanya iaitu seorang mak nyah.

Baca: "Ini Gambar Pertama Kali Kita Bertemu dalam Aturan Allah", Ini Luahan Hati Dai' Wan Selepas Safiey Illias Kembali Berubah

Beliau dalam pada itu berkata "betapa kami semua memerlukan doamu untuk kami juga menjadi orang yang baik dan semakin baik di sisiNya, kami juga insan pendosa. Kami sendiri banyak khilaf,kelemahan , dan kami sendiri pun kena cermin diri kami sendiri. "

Jom kita baca luahan penuh Heliza.

Bismillahirrahmanirrahin. Assalamualaikum wbt Safiey Ilias.semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihAllah swt, Aamiin
.
.
Ni kali pertama Kak Ija kirimkan mesej pada Safiey Ilias. Safiey apa kabar? Moga Safiey sihat hendaknya, Aamiin
.
Pertama Kak Ija nak ucapkan terima kasih sangat sangat kerana Safiey banyak memberikan kami kesedaran, di mana kami ni ,ada buat silap, ada kekurangan diri sendiri, banyak tutur kata , penulisan kami tidak kami jaga sehingga menyebabkan Safiey tersinggung. Maafkan kami Safiey. :'(
.
Kak Ija selalu baca post post Safiey, selalu bagi motivasi sampai Kak Ija kagum MasyaAllah, memang kuat Safiey ni. Sungguh! Kami kagum dengan anda yang sentiasa memberikan kami inspirasi dan motivasi, kami pun tak mampu nak jadi hebat macam Safiey. Terima kasih Safiey sebab selalu bagi kami semangat dalam hidup kami. BarakAllahu Fiik.
.
Dan sebenarnya ada sekali tu Kak Ija dijemput untuk satu program Forum ni dimana, kita akan digandingkan dalam forum tu. Masa tu seronoknya dan tak sabar nak berforum dan mendengar perkongsian dari Safiey, namun kita merancang Allah juga merancang, sebaik baik perancang adalah perancangan Allah, Safiey tak dapat turut sama dalam forum. Tak apalah, mungkin ada rezeki lain in sha Allah :)
.
Safiey, betapa kami semua memerlukan doamu untuk kami juga menjadi orang yang baik dan semakin baik di sisiNya, kami juga insan pendosa. Kami sendiri banyak khilaf,kelemahan , dan kami sendiri pun kena cermin diri kami sendiri. Orang macam Safiey dan kawan kawan Safiey banyak bagi kami sedar yang banyak kelemahan kami kena perbetulkan. Terima kasih menjadi asbab untuk sedarkan kami 🙏🏻😭
.
Jom kita sama sama berjemaah saling bantu membantu, menyokong , saling mendoakan, berkata yang baik baik, kita sama sama minta Allah jaga kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNya sehingga nafas terakhir. Aamiin. Safiey, kami sentiasa ada bersamamu, doa kami mengiringi
.
Safiey,Kak Ija yakin Allah sayang Safiey sangat sangat. Begitu juga dengan kami semua. Betul kan sahabat semua?.....
.
Andai perjuangan itu mudah,
Pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan itu menjanjikan kesenangan,
Pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu,
Turun naiknya,sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tidak terhingga,
Andai rebah, BANGKITLAH SEMULA,
Andai terluka,INGATLAH JANJINYA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...