0 Al-Fatihah : Anak dan Bapa Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad



KUANTAN, 25 Sep: Dua beranak yang terkorban ketika menonton perlumbaan EIMARace di Indera Mahkota dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi di sini kira-kira jam 11.10 malam tadi.

Sebelum itu, solat jenazah untuk Allahyarham Izwan Isa, 38, dan anak perempuannya, Nur Zulaikha, 5, diadakan di masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota yang dihadiri lebih 600 orang termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, rakan dan saudara mara  mangsa.

BH Online melaporkan, mangsa yan bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Gebeng meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Isteri mangsa, Siti Suhaiza Seman, 38, cedera ringan manakala anak lelaki sulung pasangn itu, Muhammad Izz Danial Izwan, 7, masih kritikal dan dirawat di hospital HTTA.

Sumber : BH Online
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012