0 Gambar ultrabunyi bayi viral sebab ada benda pelik sebelah fetus



Gambar ultrabunyi bayi jadi viral sebab ada benda pelik sebelah fetus tersebut | 
Sekeping gambar ultrabunyi bayi tersebar luas di internet selepas satu bentuk pelik dapat dilihat berada di sebelah fetus terbabit.Daily Mirror melaporkan, imej pelik tersebut disiarkan di laman web perkongsian gambar, imgur di bawah tajuk “Ultrabunyi seorang kawan. Apabila anda melihatnya …’’ Gambar itu yang disiarkan semalam telah disaksikan lebih 500,000 kali oleh pengguna media sosial.
Apabila anda melihat buat pertama kali, imej tersebut kelihatan seperti gambar fetus berada dalam kandungan ibunya. Bagaimanapun, apabila anda melihat ke kanan imej itu, anda akan melihat satu bentuk yang agak mencurigakan. Satu imej tidak jelas yang kelihatan seperti bentuk seorang wanita dapat dilihat oleh pengguna media sosial. Pelbagai pendapat diluahkan oleh pengguna media sosial dengan paling popular adalah ‘imej tersebut adalah Dewi Hindu, seekor ikan duyung atau hantu’.
Seorang pengguna media sosial berkata: “Adakah anda dapat lihat hantu di kanan gambar itu?” Bagaimanapun, seorang lagi pengguna media sosial membalas: “Dewi Hindu berada di sisi kanan imej itu.” Seorang lagi pengguna berkata: “Saya melihat seekor ikan duyung yang baik. Orang lain melihat hantu. Kita semua orang pelik.”

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Cipta Terpelihara Oleh aces15.blogspot.com 2012