"Saya Punyalah Malu Masa Tu" - Hairul Azreen


PELAKON Hairul Azreen mendedahkan yang dia pernah melakukan kerja buruh kasar dengan mengecat jalan raya suatu ketika dulu.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Hairul memberitahu ia merupakan pekerjaannya pada tahun 2006.





Hairul yang turut berkongsi fotonya ketika melakukan kerja itu akui malu gambarnya diambil.



Dengan nada gurau Hairul berkata jika boleh dia tidak mahu mengambil gambar ketika mengecat jalan kerana bimbang kekasih yang ada nanti lari.

Sementara itu, Hairul turut berpesan supaya berbuat baik dan menghargai dengan semua orang, tak kira siapa pun mereka.

Tambah Hairul lagi, ijazah terbaik adalah datang dari pengalaman hidup.

Rata-rata pengikut IGnya kagum dengan Hairul yang sentiasa mahu memajukan diri biarpun sanggup bersusah-susah dahulu.

Sumber: Astro Awani

Fattah Amin Enggan Muncul Dalam Rancangan 'Meletop' Dihoskan Neelofa?


Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin sekali lagi menjadi perhatian selepas dia dikatakan enggan muncul dalam program Meletop yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad.

Difahamkan, pihak produksi yang pada awalnya membuat pengumuman mengenai kemunculan Fattah dalam rancangan itu memohon maaf ketika rancangan berkenaan sedang keudara atas sebab Fattah tidak dapat hadir.

“Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin & isteri datang sini lagi. Hehe,” jelas kenyataan itu menerusi Instagram rasmi program berkenaan.


Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu dipercayai sudah pun bersiap sedia di belakang pentas untuk muncul dalam program berikut sebelum membuat keputusan untuk menarik diri pada saat akhir.




Situasi berkenaan berjaya dirakamkan peminat yang berada dalam studio untuk menyaksikan siaran itu.


Sementara itu, menurut laporan yang dipetik dari mStar Online, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad ketika dihubungi memberi komen ringkas dengan berkata, Fattah sememangnya sudah muncul di belakang pentas namun dia ada hal kecemasan dan perlu bergegas pulang.

Insiden yang berlaku itu menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya menyifatkan Fattah tidak profesional.

Sumber- mStar Online

'Saya Dah Berhenti Berlakon Dari Tahun 2016 Dan Joined Umno Bukan Untuk Projek Tekak Sendiri' - Dira



Setelah beberapa hari dikecam netizen kerana ucapannya di Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2o17, yang secara jelas dan terang menyindir rakan artis, Nur Fathia Latiff, Dira Abu Zahir tampil memberikan penjelasan.

"Saya sudah memilih untuk berhenti berlakon dari tahun 2016. Filem Kimchi Untuk Awak adalah filem terakhir saya. Walaupun saya masih diminta untuk teruskan kerja berlakon oleh kawan-kawan saya, keputusan saya tetap. Bukan sebab dah sendu," katanya di Twitter. 


Dira turut berkongsi gambar sebahagian dari teks ucapannya pada hari itu di laman Instagram dan Twitter.


Dalam masa yang sama, Dira juga turut menafikan penglibatannya dalam parti UMNO kononnya untuk projek tekak sendiri. 


"Nah, for those in the industry who thought I joined UMNO for project tekak sendiri only. FYI, I am still making noise about this until I will be called by the government to look into this matter. And I dot it for the love towards all of my friends in the industry," katanya. 

Dira juga menafikan dakwaan netizen kononnya dia membuka aib Fathia. 


"Saya tak buka aib dia. Dia dah buka sendiri dah sebelum tu. Live lagi and I thought you all pun enjoyed watching the video berkali-kali gak," katanya. 

Sumber: The Reporter

[VIDEO] Aksi Sajat Menari Seksi Di Spain Buat Mat Saleh Melopong!


Beberapa hari lepas, jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dan rakan duetnya Sajat telah berangkat ke Sepanyol untuk penggambaran muzik video, Abang Nak Tegur. Menurut Datuk Aliff lagi, mereka akan ke tiga buah negara untuk tujuan tersebut.

Meskipun dikecam bertubi-tubi dan mendapat jumlah dislike yang banyak, itu tidak mematahkan semangat Datuk Aliff dan Sajat untuk terus melebarkan bakat nyanyian mereka. Terbaru, Sajat telah menarik perhatian ramai apabila memuatnaik video sedang menari-nari di negara orang! Amboi bahagianya!


Walaupun menerima banyak ‘dislike’, lagu ‘Abang Nak Tegur’ nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat kekal sebagai lagu paling didengari di Youtube dengan jumlah tontonan lebih 2 juta setakat ini. Sebelum ini, Aliff pernah menyatakan hasrat untuk membawa lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu ke tahap antarabangsa. Katanya, video ini bakal menjadi yang termahal pernah dihasilkan di Malaysia. Wah!





Alamak mat saleh pun terlopong lihat gelagat nakal Sajat ni, apa-apa pun semoga penggambaran cepat-cepat habis dan boleh balik ke Malaysia. huhu

Sumber: Kisah Dunia

Tun Mahathir Dan Tun Siti Hasmah Serah Semula Pingat Kebesaran Selangor


Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.

Hal ini telah disahkan oleh seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Betul", kata Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU, Datuk Rais Hussin yang mengesahkan tindakan Mahathir itu.

Turut mengikut tidakan Tun M ialah isteri kesayangan beliau, Tun Dr Siti Hasmah yang disahkan sendiri oleh pembantu Dr Mahathir.

"Beliau menyerahkan semula pingat berkenaan pada hari yang sama," katanya.


Datuk Rais juga berkata keputusan itu telah dibuat tanpa desakkan mana-mana pihak dan atas pertimbangan Tun M sendiri.

Namun, beliau enggan memberi penjelasan yang lanjut mengenai alasan pemulangan pingat tersebut. Sebaliknya beliau memilih untuk berkias.

"Sudah gaharu cendana pula," katanya memetik sebahagian daripada peribahasa Melayu yang menyatakan mengenai sesuatu hal yang jelas nyata.

Pengerusi Parti BERSATU itu menerima pingat tersebut daripada Sultan Selangor pada tahun 1978 dan 2003 sebelum mengembalikannya semula kepada pihak Sultan Selangor. Pingat itu diserahkan kepada pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.

Pingat yang dikembalikan oleh Dr Siti Hasmah pula ialah anugerah yang diterima daripada Sultan Selangor pada 1983 dan 1994. Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor. 

Pada awal November lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan agar semua pihak tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.

Baginda juga bertitah tidakan tersebut boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat. Baginda yang merujuk kepada ucapan Tun Mahathir pada perhimpunan Sayangi Malaysia, hapuskan Kleptokrasi di Petaling jaya 14 Oktober lalu.


Dr mahathir dikatakan telah memandang serong kepada bangsa bugis dan telah mengecewakan Sultan Selangor atas ucapan beliau itu.

Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.

Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003.

Dr Mahathir menerima penghargaan itu pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Alam Shah di Kelang.

Penganugerahan pingat itu dihadkan hanya kepada 25 orang pada sesuatu masa sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan individu yang terpilih.

Sultan Sharafuddin turut memberi pandangan mengenai Dr Mahathir dalam satu temu bual yang diadakan.





Sumber: Malaysia Kini via siakapkeli

Cara Mudah Untuk Jatuhkan Ego Seorang Lelaki



Sebagai seorang lelaki, jawapan aku mudah saja. Hargailah lelaki dan sentuhilah dasar hatinya. Sudah pasti bukan mudah, terutama untuk menyentuh hati seorang lelaki yang pernah merendahkan egonya demi seorang perempuan yang disayangnya namun akhirnya berpaling daripadanya… Jika anda sebagai seorang fikir mampu mempermainkan maruah seorang lelaki dengan menjatuhkan ego lelaki, cubalah. Jangan pernah bermain dengan ego lelaki, terbakar diri nanti! Jadi, macam mana nak menyentuh dasar hati lelaki? Ikut langkah di bawah. *Kalau nak terus jatuhkan ego dia baca terus step 7*

1.BERSABAR
Untuk menjinakkan ego seorang lelaki perlukan kesabaran yang tinggi kerana lelaki juga sukar diduga. Anda perlu bersiap sedia untuk disakiti, dimalukan, apatah lagi diperbodoh apabila segala usaha anda tidak berhasil dan hanya sia-sia.

2. FAHAMI DIA
Fahami dia dalam erti kata lain ialah anda belajar menjadi stalker. Fahami dia adalah kunci kejayaan anda. Sedangkan dalam berperang, tentera juga perlu memahami strategi musuhnya untuk menang, jadi gunakan taktik yang sama! *Haish…Kuat berimiginasi aku nih…*

3.HORMATI DIA
Pertama sekali ialah belajar menghormati dia. Jika anda berharap si dia menghormati anda, anda perlu hormati dia dulu. Namun berbeza bagi setiap lelaki itu untuk belajar menerima apa yang anda cuba lakukan. Ada sesetengah lelaki akan beranggapan sudah menjadi lumrah alam perempuan tunduk dan patuh padanya. Malahan ada juga yang memahami dengan membalas kembali apa yang diberi. Apapun, menghormati itu adalah kunci kepada langkah yang seterusnya.

4.JANGAN BERTEKAK DENGAN DIA
Berhenti daripada mewujudkan suasana tegang antara anda. Jikalau anda rasakan dia tidak boleh menerima pendapat anda semata-mata untuk dia merasakan maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar dia saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, dia akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin dia akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Apa yang penting, jangan sentiasa berharap untuk menang dalam setiap perbalahan dengan lelaki. Kerana ada hanya akan meninggikan egonya.

5. HARGAI DIA
Tahukah anda, kita di Malaysia ini terlalu disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang terlalu kompleks sehinggakan terikut-ikut dengan cerita tersebut. Anda tak perlu bersusah payah terkejar-kejarkan si dia. Apa yang anda perlu ialah hargai dia. Jadikan tiap-tiap hari adalah hari untuk menghargai dia bukan hanya satu hari saja seperti yang dilakukan mereka yang menyambut Valentine’s. Ucapkan terima kasih sudah memadai. Penghargaan ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan!

6.SAYANGI DIA
Cuba renungkan kembali kenapa anda ingin jatuhkan ego si dia.. Adakah kerana cinta? Atau adakah kerana anda telah tercinta si dia? Tanpa anda sedar, sebenarnya anda telah sayang pada dia. Ada sebabnya kenapa ego si dia diciptakan mempunyai ego, kerana si dia telah mewarnakan hidup anda. Jadi, anda mempunyai dua pilihan, jika anda ingin menjatuhkan ego dia semata-mata anda benci dia, baik anda menjauhkan diri anda daripada dia, kerana kelak apabila si dia sudah tiada, pasti anda akan teringat pada dia. Atau anda teruskan menyayangi si dia dengan menunjukkan kasih dan sayang anda pada si dia. Biarkan si dia tidak mengerti, lama kelamaan pasti si dia juga akan mula sayangkan anda. This is law of attraction! Apabila satu hati mencintai yang lain, satu lain tidak mencintai sebagaimana dia dicintai.

7. JANGAN MEMALUKAN DIA
Kalau anda benar-benar menjatuhkan ego dia, malukanlah dia dihadapan orang ramai. Ya, kemungkinan besar dia akan berlalu pergi daripada tempat itu malahan mungkin juga akan menangis. Mungkin itu yang anda ingin lihat sebagai seorang perempuan. Ops…Bukan perempuan, perempuan murahan. Kerana apabila anda menjatuhkan ego si dia apatah lagi menjatuhkan maruah dia di khalayak ramai, anda juga telah memalukan diri anda sendiri. Tetapi ingat, hidup anda tidak akan aman lagi kerana dibayangi oleh si dia yang pada bila-bila masa akan membalas kembali apa yang anda lakukan. Mungkin si dia akan kembali untuk meragut nyawa anda, atau mungkin orang yang anda sayangi. Siapa tahu, ego lelaki mampu bertindak lebih daripada segalanya!

(Video) Suami Tumbuk Isteri Dan Belasah Lelaki Yang Cuba Membantu Isterinya


Viral di media sosial, video seorang lelaki menampar dan menumbuk kepala isterinya di dalam lif, dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taiwan

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada jam 8 malam menunjukkan, mangsa dan anak perempuannya masuk ke dalam lif bersama beberapa orang awam yang berada di dalamnya. 


Si suami cuba mengajak anak perempuannya keluar dari lif, tetapi kanak-kanak itu enggan berbuat demikian menyebabkan lelaki itu berang lalu menunjal kepala isterinya.




Mangsa kemudian memberi amaran agar si suami tidak berkasar dengannya. Malangnya tindakannya itu mengundang kemarahan dan lelaki itu terus menumbuk kepala mangsa beberapa kali sebelum seorang lelaki di dalam lif menghalang si suami dari terus mengasari isterinya.

Tidak puas hati individu lain campur tangan dalam masalah keluarganya, si suami mencekik dan menolak badan lelaki muda itu. Kedua-duanya kemudian bertelagah sebelum tercetus pergaduhan di antara mereka berdua. 

Melihat suaminya bertindak secara melampau, mangsa kemudian cuba menghalang suaminya dari terus memukul lelaki itu. 

Kejadian hanya berhenti selepas pintu lif terbuka dan pasangan itu keluar dan menyambung perbalahan mereka. 

Sumber: The Reporter

KANTOI WhatsApp Bersayang² Dengan Janda Tiba² Suami SERIK


Ramai yang memuji wanita ini tidak melatah selepas mengetahui suaminya curang dengan seorang janda anak tiga.

Sebaliknya si isteri menggunakan pendekatan yang kreatif dan bertindak mempengaruhi akal fikiran suaminya untuk berfikir panjang apakah tindakannya itu akan membawa kepada ‘keuntungan’ atau kebinasaan yang lebih teruk.

ADMIN, terima kasih sebab post cerita saya ini. Sebenarnya sudah lama saya nak berkongsi cerita ini. Tetapi saya menunggu sehingga hati saya benar-benar tenang kerana tidak mahu menulis dalam keadaan marah dan dendam. Tak baik untuk diri saya sendiri.

Saya dan suami telah berkahwin lebih dari 15 tahun, dikurniakan tiga orang anak yang sudah berusia remaja. Suami kerja berpangkat tinggi, saya pun bekerja hebat.

Alhamdulillah kami cukup segalanya. Dari mula berkahwin, saya isteri yang terlalu memanjakan suami. Saya buat semua kerja-kerja rumah, membayar bil sehinggalah hantar kereta ke pusat servis.

Senang cerita, suami hanya pergi kerja sahaja. Kerja suami sangat sibuk, jadi saya pun tak kisah membantunya kerana saya melakukan semua perkara itu dengan hati yang ikhlas.

Pada saya, suami penat bekerja, apa salahnya saya membantu dia? Suami juga seorang yang baik, tidak kedekut. Gaji kami kongsi semua. Tiada istilah siapa yang bayar loan rumah atau kereta.

Tahun lepas, suami tiba-tiba kantoi WhatsApp bersayang-sayang dengan seorang janda anak tiga. Saya rasa sangat terluka dan kecewa.

Suami memohon ampun dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Demi anak-anak, saya menerima suami kembali walaupun hati ini masih sakit sehingga ke hari ini.

Selepas peristiwa kantoi itu, saya meminta suami berterus terang di mana kurang dan silap saya sehingga dia sanggup mengkhianati cinta kami.

Suami beritahu tiada apa yang kurang pada diri saya, malah dia sedar saya banyak berkorban dalam perkahwinan kami sehingga dia sendiri maju dalam kerjayanya.

(Saya pernah support suami sambung study). Dia mengaku dia yang bersalah kerana melayan janda itu.

Kemudian saya berkata kepada suami, “Kalau begitu, saya memang bersalah.” Saya bersalah kerana terlalu memanjakan suami.

Melakukan semua tugas dan tanggungjawab suami. Lalu suami ada masa lebih untuk menggatal.

Semenjak peristiwa kantoi itu, saya menjadi isteri yang ‘lemah’. Kalau dulu lampu rumah perlu ditukar, sayalah yang akan memanjat tangga untuk menukar lampu.

Namun sejak peristiwa itu, jam dapur habis bateri pun saya akan minta suami yang tukarkan. Saya tidak lagi berdikari seperti dahulu.


Saya akan buat mengada-ngada sampai kereta kehabisan minyak pun saya tidak akan isi sendiri. Saya hanya buat kerja rumah seperti biasa.

Selepas peristiwa itu juga, saya demand ‘bersama’ dengan suami setiap malam. Alasan saya, kalau dia berniat mahu menambah cawangan, maksudnya dia mampu berlaku adil dari segi batin juga.

Jadi kalau ada dua isteri, kena selang hari. Jadi kena mampu beri setiap hari, kan? Hahaha!



Walaupun saya pun adakalanya penat, namun digagahkan juga menggoda suami setiap malam nak bagi dia ON sampailah dia mengaku, “Ada seorang isteri pun, I cukup-cukup makan je yang!!”

Nahh, baru dia sedar nafsu itu tak selari dengan tanggungjawab dan kekuatan. Bila dia dah sedar diri, barulah saya slow sikit demand. Hehe!

Selama ini saya kongsi semua gaji saya untuk rumahtangga kami. Jadi satu hari, saya ajak suami duduk dan buat kira-kira.

Gaji dia dan tolak semua perbelanjaan rumah kami memang tidak cukup kalau tak dicampur dengan gaji saya.

Soalan terakhir dari saya kepadanya pada masa itu, “So mampukah awak nak menambah cawangan? Bukankah mampu nak tambah cawangan itu tak sepatutnya kerana isteri pertama bekerja dan dapat menanggung dirinya sendiri?”

Sejak dari itu, saya sangat rapat dengan anak-anak. Setiap hari anak-anak baik di asrama atau di rumah, mereka akan call/sms saya dan berkongsi cerita macam-macam.

Pada ayah mereka, jarang sebab suami pun jarang menghubungi anak-anak seperti yang saya lakukan.

Lalu saya pun berkata kepada suami, “Kita hidup semakin tua, bukan semakin muda. Kalau sekarang pun anak-anak tak ingat pada awak.

Tambah pula anak-anak tahu hal kantoi itu, jangan haraplah anak-anak akan melayan awak baik kalau awak masih nak menggatal!”

Semasa suami dilamun cinta, suami call/WhatsApp janda itu setiap hari. Jadi saya tanya soalan simple ini pada suami, “Ada you call/WhatsApp anak-anak setiap hari?”. Suami terus terdiam.

“Orang-orang tua yang duduk di rumah orang-orang tua tu, merintih anak-anak tak dapat lawat atau jaga itu mesti kes semasa muda tak rapat dengan anak-anak, kan?

“Anak-anak ini saham akhirat kita. Awak rasa anak-anak ke ke berdoa untuk awak bila masa hidup awak buat Ummi mereka merana?”

Haha! Saya psiko suami sampai dia berubah 100%. Dia teurs menjadi rapat dengan anak-anak. Dia call/WhatsApp anak hampir setiap hari.

Selain berdoa, solat tahajud, bersedekah, saya bersyukur satu perkara. Saya tak pernah berceritakan tentang hal kantoi itu kepada sesiapa walaupun ibu bapa saya sebab saya berpegang pada satu prinsip,

“Bila kita marah suami dan menceritakan keburukan dia, nanti bila kita suami isteri dah berbaik, orang luar tetap memandang serong pada suami kita.

Jadi jagalah aib suami selagi bergelar suami isteri. Biarlah hanya saya, suami dan Allah saja yang tahu.

Alhamdulillah, walaupun berlakunya hal curang itu, saya berpendapat ada hikmahnya. Suami menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab, lebih penyayang dan lebih soleh. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sumber : Kisah Rumah Tangga 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...