ads

loading...

Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan pemain JDT


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan kereta dipandu pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di KM15, Jalan Sungai Mati-Bukit Gambir, Serom, dekat Tangkak, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, kejadian berlaku kira-kira 8.05 malam, namun, pemain JDT itu, Muhammad Fazly Mazlan, 23, yang memandu kereta jenis Audi S5 tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan awal polis mendapati penunggang motosikal berusia 30an tersebut keluar dari simpang secara tiba-tiba dan membuat pusingan menuju ke jalan utama.
“Pada masa sama, terdapat sebuah kereta jenis Audi S5 yang datang dari arah belakang dan tidak sempat mengelak lalu berlaku rempuhan,” katanya ketika dihubungi.
Mohad Idris berkata, mangsa yang berasal dari Taman Serom, Tangkak, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis sudah mendapatkan keterangan dari Muhammad Fazly dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Beliau berkata ketika kejadian, Muhammad Fazly dalam perjalanan ke Plaza Tol Bukit Gambir dari kampungnya di Serom untuk pulang ke Johor Bahru.   – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...