ads

loading...

Sharnaaz Ahmad Umum Tarikh Kawin di Sidang Media


Mengakui ketika ini sedang memberi fokus kepada persiapan kahwin, kini Sharnaaz Ahmad melalui BH Online menyatakan bahawa dia bakal isteri, Noor Nabila bakal mengadakan sidang media bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 9 Januari nanti.


“Alhamdulillah, jemputan untuk ke sidang media khas bagi berkongsi perihal perkahwinan kami sudah diterima oleh pihak media. Buat masa ini, fokus diberikan kepada persiapan perkahwinan dan kami akan berkongsi lebih lanjut mengenai banyak perkara pada tarikh itu”

“Kami antaranya akan memaklumkan mengenai tarikh akad nikah, resepsi pihak perempuan, penaja yang terbabit dan banyak lagi. Malah, saya juga akan menjelaskan sebarang kekeliruan yang akan diusulkan oleh media. Tidak elok rasanya untuk saya bercerita lebih-lebih ketika ini kerana Nabila kini sedang menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci dan dijangka pulang pada 7 Januari ini,” kongsinya.
18 Disember lalu, pihak keluarga Sharnaaz telah pun datang merisik Nabila selain membuat keputusan untuk tidak melangsungkan majlis pertunangan. Apa pun, semoga segala persiapan pasangan ini menjelang hari bahagia dipermudahkan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...