ads

loading...

Lembaga Seram Muncul Secara Tiba-Tiba Atas Bumbung Gereja, Tetapi Orang Ramai Tak Lari, Sebaliknya Mereka .......



ISLAMABAD: Baru-baru ini menjadi tular di laman sosial di negara Pakistan di mana memapakrna sekeping gambar lembaga seram yang menyerupai pontianak telah muncul secara tiba-tiba di atas bumbung sebuah gereja di Hyderabad.

Memetik laporan The Express Tribune Pakistan, Insiden berkenaan telah menarik perhatian ramai pihak terutamanya kumpulan paranormal selepas gambar seorang perempuan berambut panjang dan gaun berwarna putih dirakamkan jelas ‘bertenggek’ di atap bangunan ibadat penganut Kristian berkenaan.

Tetapi apa yang menarik, kehadiran makhluk berkenaan yang dikenali sebagai churail itu yang sepatutnya membuatkan orang ramai berlari bertempiaran bertukar kepada pesta apabila kehadiran churail bak selebriti apabila orang ramai datang mengambil gambarnya.

Salah seorang netizen bernama Faakhir Mehmood yang juga pemuzik tempatan turut sempat memuat naik foto entiti menakutkan itu pada 8 Mei lalu bagi menggambarkan suasana churail disambut dengan penuh meriah!

Pontianak Muncul Di Gereja Tetapi Malang Diketawakan

“Dapatkah sesiapa mengesahkan susuk lembaga di sini? Ini merupakan foto churail yang turut dirakamkan oleh ramai orang pada tengah malam di Hyderabad,” tulisnya seperti dipetik oleh media Pakistan baru-baru ini.

 

Churail amat ditakuti penduduk bukan sahaja di Pakistan, bahkan negara jirannya, India yang merujuk hantu itu sebagai churel, manakala di Bangladesh ia digelar petni atau shakchunni yang gemar terbang di antara pokok tinggi.

Media tempatan turut melaporkan kemunculan Churail di gereja berkenaan, mereka juga menyatakan sepatutnya menyaksikan penduduk lari bertempiaran, namun berubah menjadi seumpama pesta sukaria apabila ia dikerumuni bak selebriti.

Salah seorang netizen bernama Faakhir Mehmood yang juga pemuzik tempatan turut sempat memuat naik foto entiti menakutkan itu pada 8 Mei lalu bagi menggambarkan suasana churail disambut dengan penuh meriah!

Bot Peronda Bawa 9 Krew TLDM Hilang Di Perairan Sedili



KUALA LUMPUR: Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana dilaporkan telah terputus hubungan dengan bot kapal yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas, lapor Bernama.

Pihak TLDM dalam satu kenyataan hari ini telah mengesahkan bot berkenaan yang diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan ke bawah telah terputus hubungan ketika mereka sedang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.

"Op Carilamat telah dibuat tetapi tidak membuahkan hasil maka TLDM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar perairan Sedili semalam bagi memperluaskan SAR menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Persatuan Nelayan Sedili.

"Antara aset yang terlibat adalah KD Perdana, KD Perkasa, KD Pendekar, KD Handalan, KD Terengganu, KD Kelantan, bot Pengalang 39, bot Kilat 16, sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah pesawat Fennec," kata TLDM dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, bilik operasi Carilamat telah ditubuhkan di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.

"Dipercayai bot dan Tim Menggeledah berlindung di dataran terhampir atau di bot nelayan yang berada di sekitar perairan Sedili," katanya.

Panas!! Kecoh Apabila Pelawak Mat Over Tampar David Teo Di Hadapan Perdana Menteri



Kecoh apabila video penerbit David Teo ditampar pelawak Sulaiman Yasin atau Mat Over di majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni tular di media sosial.

Kekecohan bermula apabila David mempertikai gaya moderator, Datuk Rosyam Noor mengendalikan segmen sembang.

David turut mendakwa Rosyam tidak adil kepada peserta yang hadir kerana sering memberi peluang bertanya di bahagian tertentu sahaja.

Rosyam pula meminta David jangan mempertikai caranya mengendalikan segmen sembang itu dan menasihat penerbit itu agar menjaga adab di depan Perdana Menteri.

Mat Over yang tiba-tiba muncul dari tempat duduk penonton meluru ke arah David dan berkata, "Jangan kurang ajar depan Perdana Menteri!" sebelum bertindak menampar penerbit tersebut.

David cuba membalas serangan Mat Over tetapi berjaya dileraikan oleh beberapa anggota polis dan rakan artis.



 
 

Dialog yang dikendalikan oleh pelakon Datuk Rosyam Nor kemudian diteruskan seperti biasa.
 
Sebanyak 300 orang yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengacara tv dan selebriti agama menyertai Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Pengiat Seni yang berlangsung di Seri Perdana di sini hari ini.

Terkini : Tawa dalam Tangisan Seorang Ibu Apabila Melihat Anakny Berlumuran ..




Ibu mana yang tidak terkejut jika melihat anak-anak berlumuran darah tapi ini sebaliknya berlaku apabila dua orang anaknya berlumuran sirap...

adeh.. kelakar la pulak..

Gambar yang dikongsi di fb 
Nor Farra Farihan mula menjadi perhatian netizen dan sedang tular di fb..


Ini dikatakan ketawa dalam tangisan seorang mama.....mula-mula tgk dari jauh ingatkan darah...ketar lutut mama,sbb baby nangis..bila dgr abg gelak baru lega..rupanya mandi sirap sebotol...mama yang super powerrrrr....






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...