ads

loading...

(10 Gambar) Lelaki ditemui mati ditetak di Pengkalan Nyireh, Besut



Besut – Seorang lelaki ditemui mati ditetak dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh dekat Kampung Raja di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira kira jam 5.15 petang, mangsa berusia awal 20an ditemui lengkap berpakaian dengan kesan kecederaan di beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum mayat mangsa ditemui polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan berlaku satu pergaduhan berhampiran tapak pasar tani Pangkalan Nyireh.
Menurutnya, susulan kejadian itu polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dipercayai ditetak.
“Mangsa cedera parah di beberapa anggota badan dipercayai ditetak dengan senjata tajam.
“Motif kejadian belum dikenalpasti dan butir butir mangsa belum diperolehi. Mayat mangsa dihantar oleh ke Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya.
Mohd Zamri berkata lagi, polis sedang giat melancarkan gerakan mengesan suspek. – sinar harian
sumber --> http://terengganutimes.com/lelaki-ditemui-mati-ditetak-di-pengkalan-nyireh-besut-10-gambar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...