(Video & Gambar) Buaya Timbul Dalam Sungai Menyebabkan Jalan Raya Sesak Teruk





Pagi tadi pengguna jalan raya Lebuhraya Damansara-Puchong(LDP) berhampiran Kampung Tengah Batu 13, Puchong dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya yang timbul di atas beting tanah ditengah-tengah Sungai Klang.

Kehadiran reptilia ini membuatkan orang ramai datang berpusu-pusu untuk melihatnya lebih dekat selepas mendapat berita tentangnya yang tular di laman Facebook.






Dilihat ramai penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui jambatan di atas LDP berhenti di tepi jalan untuk tidak melepaskan peluang melihat buaya berkenaan.

Kerana jumlah kenderaan yang berhenti semakin meningkat dan parkir di tepi jalan menyebabkan lebuhraya berkenaan telah mengalami kesesakan yang agak teruk.






Menurut seorang pengguna Facebook bernama Zalina Rahman, kerana kehadiran buaya itu, dia yang dalam perjalanan ke Teluk Panglima Garang kini tersangkut di dalam kesesakan kerana ramai ingin melihat buaya itu berhenti menyebabkan jalan sesak.

Menurut Noor Ziana pula, pada mulanya dia menyangka berlaku kemalangan jalan raya punca jalan sesak teruk, rupanya ramai berhenti di tepi jalan semata-mata untuk lihat buaya.

Untuk rekod, buaya muncul di dalam sungai ini bukanlah kali pertama, di mana pernah dilaporkan kehadiran reptilia ganas ini pada April lalu dan Disember 2015. - Siakapkeli.my

(VIDEO) Elak Bersalam Dengan David Beckham, Wanita Ini Dipuji



Siapa tidak kenal dengan David Beckham, bekas pemain Real Madrid dan Mancherster United ini. Dapat berjumpa dengannya, mungkin peluang sekali seumur hidup yang tidak mungkin akan dilepaskan oleh peminatnya.

Biarpun sudah berusia 42 tahun, penampilan suami kepada Victoria dan bapa kepada 4 anak ini masih lagi segak dan bergaya, maka tak hairanlah jika kelibatnya menjadi buruan paparazi dan digilai oleh peminat fanatik terutama para gadis.

Baru-baru ini, Beckham dikhabarkan akan datang ke Malaysia sempena program ekslusif AIA Vitality Wellness Festival, selepas dilantik menjadi Duta Global AIA, Mac lalu.



Jumaat lalu, khabar itu menjadi kenyataan apabila orang ramai berpeluang untuk bersalaman dengan Beckham di pusat membeli-belah pada Jumaat.

Dalam kemeriahan peminat bertemu dan bersalaman dengan Becjham, seorang wanita telah mencuri perhatian apabila tidak berjabat tangan yang dihulur oleh lagenda bola sepak itu.

Muslimah, bertudung hijau, berbaju hitam dan berlengan panjang serta menutup aurat, wanita tersebut menolak secara baik demi menjaga batasnya sebagai orang Islam.

Malah, bintang pujaan ramai tersebut kelihatan memahami tindakan wanita tersebut apabila tersenyum dang mengangguk tanda mengerti. Tindakan wanita tersebut ternyata mencuri perhatian netizen yang rata-rata memuji dan mengagumi akhlaknya.

 
“Walaupun dapat salam percuma dengan Beckham, dia tetap ingat batasannya sebagai perempuan.", kata netizen.

“Tak ada benda yang nak dimalukan pun sebenarnya kalau orang tak sambut salam kita atas sebab bukan mahram,” kata netizen yang lain pula.

“Berkat ajaran orang tuanya, hebat ibu bapanya mendidik adik tersebut,” kata seorang netizen yang turut menambah wanita ini baik jika dijadikan sebagai seorang isteri.

Apapun, tahniah kepada wanita berkenaan. Dalam keterujaannya bertemu dengan idola pujaan, dia tetap tidak lupa batasa-batas yang perlu dijaga.

Sumber : mStar


‘Saya Maafkan Mereka Semua, Tak Mahu Serabut di Padang Mahsyar’



DENGKIL - “Bila tahu saja ia perbuatan khianat, saya terus maafkan suspek sebab tak mahu serabut di Padang Mahsyar nanti,”kata Mazzaini Muda, 47, ibu kepada mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, 14 Septermber lalu.

Mazzaini yang merupakan ibu kepada Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13,berkata, dia, suami dan tiga anak lain sudah reda apa yang berlaku sejak hari pertama kejadian.
Katanya, Ahmad Rijal mula ke sekolah tahfiz itu pada Oktober tahun lalu kerana tidak mahu membuang masa sebaik tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
 
Sebelum ini katanya, anaknya hanya mengikuti kelas tahfiz secara separuh masa di kawasan berhampiran tempat tinggalnya di Taman Putra Perdana.

“Bila habis UPSR dia tak mahu ke sekolah, dia kata nak ke tahfiz ikut dua sepupunya… dalam kejadian itu seorang daripada sepupunya turut terkorban manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri.

“Anak saya tak ada tunjuk kelainan cuma ada satu malam dia minta untuk jadi imam solat Maghrib dan Isyak, biasanya arwah solat di surau dekat rumah. Sejak berada di sana, arwah jaga waktu makan ikut jadualnya di tahfiz,”katanya.

Ketika mengimbas kembali kejadian, Mazzaini yang merupakan Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana berkata, dia menerima khabar duka itu ketika sedang bersiap untuk ke sekolah.

Katanya, dia terus sujud dan menyerahkan segala ketentuan kepada ALLAH S.W.T sebelum mengajak suami dan anak keduanya ke pusat tahfiz berkenaan.

Ketika dalam perjalanan dia mendapat tahu daripada birasnya, Ahmd Rijal dan seorang anak saudaranya antara yang gagal diselamatkan dalam kejadian kebakaran itu.
“Masa hari pertama, saya langsung tak baca akhbar, tak tengok televisyen malah saya padam semua video dan gambar-gambar yang dihantar menerusi sistem aplikasi WhatsApp, saya ‘block’ habis fikiran kerana tak mahu sakit hati.

“Awal-awal lagi saya dapat rasa ia perbuatan khianat…saya dan keluarga maafkan perbuatan suspek tapi kalau kerajaan nak ambil tindakan, itu tanggungjawab mereka,”katanya yang sepenuhnya reda dengan kejadian menimpa anak bongsu daripada empat beradik itu.

sumber : sinarharian

"Tidak Sesuai Dengan Budaya Kita", Babak 'Bercium' Antara Fattah Amin Dan Janna Nick Di Kecam Netizen


Pelakon kacak yang popular, Fattah Amin mencetuskan kontroversi apabila adegannya yang seakan bercium dengan pelakon wanita Janna Nick tersebar.

Fattah Amin dan Janna Nick digandingkan dalam drama adaptasi dari sebuah drama luar negara terkenal yang masih belum ditayangkan.

Menerusi Instastory, dua pelakon utama drama ini dilihat membuat aksi seperti bercium bagi meniru adegan di dalam drama terbabit.


Meskipun tiada sebarang sentuhan yang terjadi antara mereka, namun tindakan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai yang merasakan adegan terbabit tidak bersesuaian dengan budaya kita meskipun drama tersebut adalah adaptasi dari drama Korea yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Pada masa yang sama, pengarah bagi drama itu turut diselar kerana menyelitkan adegan tersebut di dalam drama arahannya itu.


Terdapat segelintir yang memberi pendapat bahawa adegan 'bercium' itu dilakukan dengan 'camera trick' bagi membuatkan aksi itu 'hidup' meskipun mereka tidak bersentuhan dan tidak kurang juga yang memberi kritikan pedas serta meminta pengarah untuk memadam babak ini.


Bagaimanapun, jika dipandang dari aspek babak yang menghidupkan jalan cerita sesebuah drama atau filem yang diadaptasi,  adegan sebegini pastinya diperlukan kerana kesan yang sama seperti karya asal diperlukan. Namun, setiap babak dilakonkan perlulah dititikberatkan dan bersesuaian dengan budaya kita agar tidak menjadi masalah di kemudian hari.

Sumber- fatt4stictv80xds

Kejam!! Bekas Pesakit Mental Penggal Kepala Cucu Dan Bawa Bersiar-Siar



Seorang pembunuh yang dibebaskan dari hospital mental enam tahun lepas, telah memenggal kepala bayi berusia 18 bulan dengan pisau dan membawa kepala bayi berkenaan bersiar-siar di Astrakhan, Russia.

Pihak polis terpaksa menembak Mikhail Elinsky, 42, kerana enggan menyerah diri dan mengacu pisau terhadap pihak polis.

Mikhail turut menikam ibu mangsa, iaitu anak saudaranya, Tatiana, mengakibatkan kecederaan serius, berdasarkan laporan Daily Mail.

Sebelum ini, Tatiana pernah merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak membebaskan lelaki itu dari hospital mental kerana bimbang dengan keselamatan keluarga kerana Mikhail membunuh seorang wanita enam tahun lalu.


Tatiana berkata kejadian berlaku ketika mereka hendak keluar dan anaknya duduk di atas basikal roda tiga.

“Dia menarik anak saya dan membawanya ke dapur, menutup pintu dan mula ‘memotong’ anak saya.


“Saya berlari ke dapur untuk menghalangnya tapi dia tikam perut saya,” katanya.

Lelaki itu berlari di jalan raya sambil membawa kepala mangsa dan polis mengambil masa setengah jam untuk cuba menahannya sebelum melepaskan tembakan, menurut laporan tempatan.

Pada enam tahun lalu, lelaki itu membunuh wanita pembantu kedai di bandar berkenaan, menikam mangsa berkali-kali ketika mabuk.

Dia disahkan mempunyai masalah mental ‘paranoid schizophrenia’ menyebabkan dihantar ke hospital mental dan dibebaskan baru-baru ini, selepas disahkan‘ sihat.

Polis Bawa Suspek Bakar Pusat Tahfiz Ke Lokasi Kejadian Kebakaran



Salah seorang dari ketujuh-tujuh suspek yang insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah telah dibawa oleh pihak polis ke lokasi kejadian,pagi tadi.

Pihak polis membawa telah membawa suspek yang berusia 16 tahun itu menaiki sebuah van ke lokasi kejadian pada jam 11.50 pagi, dipercayai dari lokap Balai Polis Jalan Pantai.

Suspek terus dibawa masuk ke dalam pusat tahfiz sebelum menuju ke bahagian belakang untuk menunjukkan kepada pihak polis mengenai situasi yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian 14 September lalu.

Setelah hampir 10 minit, suspek kemudiannya dibawa menaiki tangga belakang menuju ke tingkat atas.

Tepat jam 12.54 tengah hari, suspek dibawa keluar dibawa keluar dari pusat tahfiz tersebut.




Walaupun pihak polis membawa suspek insiden kebakaran itu ke lokasi kejadian, mereka turut memperketatkan kawalan di kawasan persekitaran untuk mengelakkan wajah suspek dirakam pihak media dan orang awam.

Unit Forensik Polis Bukit Aman dan Kuala Lumpur membawa kamera 3 dimensi (3D) terbaru ketika menjalankan tugas di lokasi sama untuk merakam gambar dalam dan luar kawasan pusat tahfiz bagi melengkapkan sisatan mereka.

Namun begitu, orang ramai tetap membanjiri kawasan Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah untuk mendapatkan perkembangan berkaitan insiden tersebut.

Sumber : Berita Harian




Petrol Dicurah di Rak Tuala, Kasut, Dinding Dalam Kebakaran Tahfiz - Bomba



PUTRAJAYA: Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, Khamis lalu, dipercayai disebabkan oleh api yang dinyala menggunakan petrol, yang dicurahkan pada rak tuala, rak kasut dan dinding di hadapan pintu masuk bilik asrama aras tiga premis berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata kebakaran merebak ke siling dan membakar pintu masuk aras tiga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah itu.

"Api marak dengan cepat disebabkan gas LPG yang dilepaskan daripada kedua-dua tong gas berkenaan sehingga menyebabkan ia merebak dengan cepat ke seluruh asrama.


"Tambahan pula, fire load (bahan mudah terbakar) yang banyak di bilik asrama menyebabkan api cepat marak dan meningkatkan lagi bahang api, mengakibatkan mangsa yang sedang tidur terkorban dalam masa yang singkat," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.


Wan Mohd Nor berkata, berdasarkan penemuan kebakaran, punca kebakaran itu adalah perbuatan sengaja dibakar.
Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Khamis lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz berkenaan.
Susulan tragedi itu, polis menahan tujuh remaja berusia 11 tahun hingga 18 tahun, yang disyaki mendalangi kebakaran premis itu.

sumber : beritaharian

Jawapan Pedas Dari TMJ Setelah Dituduh Membayar Chelsea Untuk Memaparkan Kejayaan JDT Di LED Board



TIDAK PENAT CEMBURU KE? KALAU HATI BUSUK TETAPI ADA KEPALA OTAK PANDAI, MASIH BOLEH DITERIMA. TETAPI HATI BUSUK TIADA OTAK, LEBIH BAIK MASUKKAN KEPALA DI DALAM LUBANG PUNGGUNG YANG DI HORMATI.

Mari berbicara mengenai duit.

Berkenaan dengan kenyataan beberapa pihak yang mengatakan jika mempunyai duit, semua perkara boleh dilakukan. Saya sokong kenyataan tersebut, tetapi jika ada duit tetapi tidak mempunyai akal fikiran, satu perkara pun takkan jadi. Saya bagi beberapa contoh di negara ini dan negara terdekat. Ada juga beberapa individu berstatus tinggi yang mempunyai duit lebih daripada saya dan mempunyai pasukan bola sepak tetapi jika dibandingkan pencapaian di dalam dan di luar padang, Kelab Bolasepak JDT telah jauh kehadapan meninggalkan kelab yang lain ini. Jadi, ini bukan sahaja mengenai kewangan tetapi perancangan dan pendidikan yang telah diterapkan.

Apabila saya, rakyat negeri Johor dan penyokong JDT sedang bergembira dengan kejayaan JDT menjuarai Liga Super untuk empat tahun berturut-turut, seperti biasa muncul suara yang belum ada lesen cuba cari punca yang menonjolkan kebodohan sendiri yang berasa tidak puas hati. Baru-baru ini ada yang mengatakan nama Kelab Bolasepak JDT terpapar di LED board Stadium Stamford Bridge ketika perlawanan Chelsea menentang Nottingham Forest telah dibayar. Biar saya dedahkan pengalaman yang saya lalui selama ini tanpa mengeluarkan duit. Datuk moyang saya, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar telah mendidik anak dan cucu cicit baginda tentang perhubungan diplomasi. Dengan adanya perhubungan yang baik melibatkan dua pihak antara ketua pemimpin atau syarikat, kami boleh mencapai pelbagai perkara tanpa penglibatan duit.

Nama Kelab Bolasepak JDT yang tertera di Stadium Stamford Bridge, satu sen pun saya tidak bayar. Tetapi kenapa ia boleh terjadi? Ia kerana mereka adalah sahabat saya. Saya mempunyai ramai sahabat. Saya bagi contoh. Pada dulu ketika Gary Steven Robat digantung oleh FAM, saya telah menghantar beliau berlatih di Borussia Dortmund tanpa apa-apa bayaran. Kerana sahabat saya adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Pembangunan Akar Umbi Borrusia Dortmund, Edwin Boekamp.

Saya juga tidak membayar satu sen ketika JDT menghantar skuad remaja JDT ke Valencia kerana pemilik kelab tersebut adalah sahabat baik saya iaitu Mr. Peter Lim. Ketika JDT mengadakan perlawanan pra-musim awal musim 2017 di Thailand, saya juga tidak mengeluarkan apa-apa duit melainkan kos kapal terbang sahaja disebabkan kawan saya, pemilik Buriram United, Newin Chidchob yang telah menjaga makan minum termasuk hotel penginapan kami semua. Baru-baru ini sahabat baru saya iaitu Mr. Pairoj Piempongsant, daripada syarikat Carabao Co. Ltd ingin mengucapkan tahniah kepada saya dan JDT dengan meletakkan ucapan tersebut di LED board Stadium Stamford Bridge. Selain itu, pada 23hb September 2017, sahabat saya dari King Power pula mahu mengucapkan tahniah kepada JDT di LED board Stadium Leicester City ketika menentang Liverpool.

Jadi, kepada anda semua yang mengatakan semua benda perlu menggunakan duit, ada perkara yang saya capai dengan duit dan banyak perkara saya capai tanpa mengeluarkan duit. Inilah pendidikan yang ingin saya kongsikan kepada orang ramai yang saya hormati sekalian. Sebelum kita buka mulut, kita fikir dahulu. Tidak semua perkara perlu duit atau mungkin mereka yang selalu mengatakan perkara sebegini adalah mereka yang sudah selalu terima ‘dedak’ politik.

Secara tidak langsung, saya bukan sahaja telah membina sebuah empayar perhubungan saya dengan dunia bola sepak, tetapi juga dengan delegasi dari negara luar. Ia bukan sahaja dapat mengembangkan Kelab Bolasepak JDT tetapi turut sama memberi peluang kepada negeri Johor untuk membawa lebih ramai lagi pelabur dan memberi peluang untuk membantu negeri Johor menjadi kuasa ekonomi dalam negara.

Dan yang terakhir sekali, ada yang mengatakan sambutan kejuaraan JDT seolah-olah seperti sudah memenangi Piala Dunia. Saya juga telah dididik apabila anda telah berjaya dalam sesuatu perkara, anda perlu meraikannya sebesar-besarnya. Ini kerana tidak ramai di dalam dunia ini boleh berjaya. Saya mengadakan sambutan besar-besaran ini bukan sahaja disebabkan kami telah mencipta sejarah tetapi ia adalah simbolik kepada status kelab JDT daripada kelab yang kerdil menjadi sebuah kelab yg besar.

Ini juga untuk menunjukkan kepada dunia yang negeri Johor bukan sahaja sedang membangun, tetapi juga menjadi contoh dalam pentadbiran kerajaan, kuasa ekonomi dalam negara serta untuk memberitahu tentang kejayaan negeri ini. Ia secara tidak langsung turut melambangkan pembangunan negeri Johor Darul Ta’zim.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

—-

AREN’T YOU TIRED OF BEING JEALOUS? BEING SPITEFUL WITH AN INTELLIGENT MIND IS STILL ACCEPTABLE. BEING SPITEFUL AND BRAINLESS HOWEVER, YOU’RE BETTER OFF STUFFING YOUR HEAD UP YOUR REAR END.

Let’s talk about money.

Regarding statements from several people saying that if you have money, everything can be done. I support that statement, but if you have money but no brains, not a thing can be achieved. I can give a few examples from neighbouring countries. There are also high-status people who are more capable than I am and have football teams, but when compared to achievements on and off the pitch, JDT FC are far ahead of other clubs. So, it is not just about money but also planning and knowledge.

Although the Johor people and I are happily celebrating JDT’s success of winning the fourth straight Super League title, as usual emerged voices with no licence trying to find reasons to potray self stupidity by showing their discontent. Recently there are some claims that the JDT FC message shown on LED boards at Stamford Bridge during the match between Chelsea and Nottingham Forest was paid. Let me reveal the journey and experience that I have been through all this while without using any money. My ancestor, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, taught His Majesty’s children and grandchildren about diplomatic ties. By having good ties benefitting both sides with world leaders or companies, we can achieve many things without using money. 
I did not fork out a single cent for JDT FC’s name to be shown at Stamford Bridge. But how could it have happened ? It was because they are my friends. I have many friends. I give you an example. During the early years after I took over JDT, Gary Steven Robat was suspended by the FAM, so I sent him to train at Borussia Dortmund without any payment made. It was because my friend is Borussia Dortmund’s Chief Executive Officer and Grassroots Football Development Director, Edwin Boekamp.
I also did not use a single cent when JDT sent a youth squad to Valencia because the club owner is my good friend, Mr. Peter Lim. When JDT had 2017 preseason friendly matches in Thailand, I did not spend any money besides the flight costs because my friend, Buriram United owner Newin Chidchob, took care of everything including our accommodation. Recently my new friend, Mr. Pairoj Piempongsant from Carabao Co. Ltd, wanted to congratulate me and JDT by putting the message on the LED board at Stamford Bridge. Besides that, on September 23rd 2017, my friend from King Power wants to congratulate JDT on the LED board at Leicester City’s stadium when they play Liverpool. 
So, to those saying everything needs money, there are things I have achieved with money and things I have achieved without using money. This is a lesson I want to share with everyone whom I respect. Before we open our mouths, think first. Not everything needs money or maybe those who say these things are those already used to getting political ‘donations’. Sorry, my achievements are bigger than money.
Indirectly, I have not only built my networking empire in the football world but also with overseas delegates. It has not only improved JDT FC but also developed the Johor state by bringing in more investors and giving opportunities to help Johor become an economic powerhouse in the country.
And lastly, some have said that JDT’s title celebration was like celebrating winning the World Cup. I was also taught that if you are successful at something, you should celebrate it. It is because not many in this world can be successful. I do these big celebrations not only because we have created history but it is also symbolic to what JDT have done such as jerseys being sponsored by big brands, great transportation, advanced training facilities and amenities. Thus celebrations must be bigger and grander than others because this is the Johor identity since the days of my ancestors.
It is also to show the world that Johor is not only developing, but also becoming exemplary in government administration, state economic power and portrays this state’s success. It indirectly symbolises the progress of the Johor Darul Ta’zim state.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Kereta terbakar semasa mengisi petrol di stesen minyak

Kejadian berlaku semasa pemandu dalam proses mengisi minyak..
tanpa diketahui punca dari mana..
api mula membakar kereta..

namun tindakan pantas berjaya mengawal api daripada terus merebak..


'Kami seronok tinggal di sini'



Lima beranak yang tinggal dalam sebuah pondok daif tidak berdinding dan berpintu serta hanya berlantaikan buluh dalam kawasan hutan kebun getah di Kampung Kuala Tualak di sini, bakal menerima bantuan rumah di tapak berhampiran.
Perkara itu dinyatakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim selepas mengunjungi keluarga itu di pondok mereka.

Pasangan muda itu, Mohd Ridzuan Yaakob, 26, dan isterinya, Nur Hidayah Roslizam, 23, yang sedang hamil enam bulan, serta tiga anak mereka berusia setahun setengah hingga enam tahun tinggal di pondok itu hampir setahun yang lalu.


Nur Hidayah yang berasal dari Pulau Pinang berkata, dia mengambil keputusan mengikut suaminya tinggal dalam pondok itu bagi memudahkan suaminya mencari rezeki di kawasan hutan itu.



“Sebelum ini kami tinggal bersama ibu mentua tetapi terpaksa pindah kerana adik-beradik suami pun tinggal sekali dengan ibu mentua.
"Kemudian kami menyewa di luar tetapi tidak sampai sebulan sebelum ambil keputusan tinggal di sini (kebun getah)," katanya.

Menurutnya, Mohd Ridzuan sering keluar masuk kawasan kebun getah ini untuk mencari rezeki.
"Suami saya buat pelbagai kerja kampung seperti menoreh getah dan mencari petai dan dapatlah antara RM600 dan RM700 sebulan,” katanya.
Menurut suri rumah itu, mereka menggunakan generator untuk menjana elektrik, manakala bekalan air bagi kegunaan harian untuk membasuh serta memasak diperoleh dari telaga berhampiran.
“Saya seronok tinggal di sini dan bersyukur dengan keadaan ini. Bagi saya tidak ada masalah. Waktu malam pun tiada nyamuk tetapi kami kena berjaga-jaga dengan babi dan ular. Cuma saya harap tempat tinggal saya ini dapat diperbaiki lagi agar berdinding supaya lebih selesa,” katanya.
Bagi Mohd Ridzuan pula, dia selesa tinggal di situ dan tidak merancang untuk berpindah keluar.
Menurutnya, dia berharap sekiranya ada pihak berkaitan yang boleh membantu untuk membina rumah yang lebih selesa di dalam kawasan kebun getah tersebut.
“Sekarang pondok ini dibina atas tanah datuk saya. Memang saya yang pilih tinggal di sini sebab mudah bagi saya untuk bekerja,” katanya.
Pondok bertiangkan kayu yang tidak kukuh serta beralaskan bumbung plastik terbabit dibina di bawah cerun bukit dengan anggaran kedalaman kira-kira 20 meter.
Dalam pada itu, Badrol Hisham berkata, pihaknya ada menawarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk keselesaan keluarga Mohd Ridzuan namun dia menolak kerana tetap mahu tinggal dalam kebun getah terbabit.
Sehubungan itu, pihaknya merancang untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa kepada keluarga berkenaan sebagai alternatif lain tetapi bukan dibina atas tapak sama pondok itu kerana dilihat tidak selamat.
“Kami kena cari tapak lain yang lebih selamat terlebih dahulu untuk bina rumah ini. Saya difahamkan ada tanah yang rata milik datuk Mohd Ridzuan di kawasan ini.
"Proses untuk membina rumah ini pula akan dibuat secepat mungkin dan saya akan turut berbincang dengan pihak berkaitan bagi mempercepatkan pembinaan rumah ini bagi keselesaan keluarga Mohd Ridzuan,” katanya.
Badrol Hisham turut menyampaikan sumbangan kotak Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) berupa barangan makanan kepada keluarga itu.


sumber :harian metro


Ibu Mangsa Kebakaran Tahfiz Mimpi Nampak Kanak-Kanak Rentung Dua Hari Sebelum Kejadian



“Saya tenang kerana saya tahu dia sudah selamat di syurga Allah. Saya bangga dengan dia.”

Itulah ungkapan ibu kepada pelajar tahfiz, Muhammad Daniel Md Amin, 14, yang maut dalam insiden kebakaran pusat tahfiz pada Khamis lalu. Muhammad Daniel adalah salah seorang daripada jenazah 21 orang pelajar tahfiz yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves.

Surianty Mohamed, 39, kelihatan tenang bercerita mengenai anak sulungnya itu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu. Ujarnya, dia yang mengharapkan anaknya itu menjadi pembimbing keluarga tidak merasa ralat dengan kehilangan Muhammad Daniel kerana tahu darjat anaknya sudah diangkat Allah SWT.

Malah, Surianty gembira apabila anaknya itu sempat menyampaikan khabar kepadanya bahawa dia sudah menghafal 6 juzuk Al-Quran walaupun arwah tidak sempat memperdengar bacaan ayat itu kepadanya.

"Kelazimannya, apabila dia pulang ke sini (Kota Bharu) dia akan minta saya dengar bacaan al-Quran yang sudah dihafaznya dan dalam panggilan telefon terakhir kami sebelum kejadian itu berlaku, dia ada beritahu saya sudah dapat menghafaz juzuk keenam.

"Suaranya seperti biasa, gembira beritahu sudah dapat menghafaz selain berkata: "Umi nanti abang balik, umi dengar bacaan abang dan betulkan jika ada salah”.

"Malangnya, saya tidak sempat dengar bacaan itu. Saya reda dan tidak ada apa yang saya ralatkan lagi kerana dia sudah selamat di sisi Allah SWT. Alhamdulillah. Malah sebelum dia dikebumikan, saya sempat mengucup wajahnya sebanyak tiga kali," katanya.

Surianty ketika mengimbas tragedi itu berkata, dia sudah dapat mengagak bahawa akan kehilangan insan yang disayanginya apabila mendapat mimpi akan melakukan kenduri besar-besaran kira-kira dua minggu sebelum kejadian.

Kemudian, dua hari sebelum kejadian, dia turut mendapat mimpi melihat mayat kanak-kanak rentung, selain terbaring di depannya.

"Saya memang kerap dapat petanda dalam mimpi seperti mimpi kenduri besar-besaran itu, selalunya membawa kepada kematian dalam kalangan keluarga atau orang terdekat.

"Dua minggu sebelum itu, saya alami mimpi sama begitu selama tiga kali. Kemudian mimpi terakhir adalah melihat mayat kanak-kanak rentung terbaring di hadapan saya pada malam Selasa.

"Pada 9 pagi Khamis, kakak angkat yang tinggal di Kuala Lumpur menelefon minta tengok berita di televisyen mengenai pusat tahfiz arwah yang terbakar. Ketika itu hati saya sudah terdetik, anak saya meninggal dunia walaupun masih belum dimaklumkan statusnya.

"Saya sudah mengagaknya kerana rasa tidak sedap hati dan mimpi-mimpi berkenaan," katanya yang berhajat melakukan kenduri tahlil untuk arwah di tiga pusat tahfiz di Kota Bharu dalam masa terdekat.

Pusat Tahfiz Quran Itttifaqiyah terbakar pada Khamis lalu dipercayai akibat perbuatan khianat menyebabkan 23 orang maut termasuk 2 orang guru.

Muhammad Daniel dan 10 orang lagi mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves, 9 orang lagi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang; Taman Kosas; Dato Keramat; Taman Medan, Jalan Klang Lama; Bukit Kuari, Cheras dan Puchong.

Manakala 3 lagi masing-masing dikebumikan di Negeri Sembilan, Kelantan dan Perak.

Sumber : myMetro

Sedih!! ‘Sekarang Abie Dah Jumpa Jodoh Sebenar’ – Luahan Gadis Ini Setelah Kekasih Maut Kemalangan.


Rezeki, jodoh, ajal dan maut sesungguhnya sudah ditentukan Allah SWT, sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah dari sang pencipta. Diuji dengan kehilangan orang tersayang diakui sangat memeritkan.
Tak dapat dibayangkan ujian yang terpaksa ditempuhi gadis ini, dia kehilangan kekasih hati seorang anggota polis akibat kemalangan. Dua hari sebelum kemalangan, rakan kepada kekasihnya turut maut. Tak sangka kini giliran kekasihnya pula.




Dua hari lepas Abie nangis sebab kawan ‘pergi’, rupanya




Syg tak boleh, syg tak kuat




sumber : Nsyafqila Ruslan  ? OhBulan




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...